Tuesday 11 December 2018

Mendaki Bukit Bagindo Majau, Negeri Sembilan - Pada 02 / 12 / 2018 ( Ahad )

        Bukit Majau atau lebih dikenali sebagai Bukit Bagindo merupakan salah satu dari beberpa bukit atau gunung yang popular di kalangan pendaki-pendaki. Di antaranya ialah Gunung Angsi ( Kuala Pilah ), Gunung Dato' ( Rembau ), Gunung Berembun ( Kg. Pantai Seremban ) dan Gunung Hantu ( Jelebu ).

PEMANDANGAN BUKIT BAGINDO DARI KAMPONG KATO, PADANG LEBAR.

         Ini adalah kerana di puncak bukit yang ketinggiannya 450 meter terdapat lunggukan batu-batu besar yang unik dari segi strukturnya. Di antaranya ialah sejenis batu besar yang mempunya lekuk yang sangat dalam dan hampir-hampir sama di antara satu sama yang lain yang dinamakan batu kikir ( wave rock ) oleh penduduk tempatan.

BATU KIKIR YANG TERDAPAT DI PUNCAK BUKIT BAGINDO
        Kampung Majau terletak sekitar 8 km dari Pekan Padang Lebar. Pastikan anda sampai ke Pekan Batu Kikir dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Pekan Padang Lebar. Jikalau anda mengalami kesukaran ke destinasi, sila gunakan wave atau goggle map pasti anda akan sampai ke sana. Untuk menyertai pendakian, anda kena bayar wang pakir sebanyak 5.00 untuk sebuah kereta di kaki bukit, permit hutan 5.00 ringgit dan 6.00 ringgit lagi untuk upah jurupandu pendakian.

PERJALANAN MELALUI KEBUN-KEBUN GETAH PENDUDUK TEMPATAN.

      Dari kaki bukit anda kenalah berjalan kaki melalui kebun-kebun getah orang tempatan sejauh 1 kilo meter sebelum menemui sebongkah batu besar yang kita namakan " Check-Point 1 ". Anda boleh bergambar di  atas batu besar ini dengan memanjat menggunakan tali yang disediakan.



KAIN RENTANG UNTUK PARA PENDAKI MERAKAM KEHADIRAN MEREKA DI SINI.

PEMANDANGAN DARI ATAS KEDUDUKAN BATU BESAR DI CHECK- POINT 1
BATU BESAR DI KAKI BUKIT SEBELUM MEMULAKAN PENDAKIAN.
    
        Selepas itu teruskan pendakian sehingga sampai ke satu lagi kawasan berbatu besar yang kita namakan " Check-Point 2 ". Di sini juga anda boleh bergambar untuk kenangan.
BONGKAH-BONGKAH BATU DI CHECK-POINT 2

DI CHECK-POINT 2 YANG BOLEH DIJADIKAN LOKASI BERGAMBAR
    Sepanjang pendakian, anda akan menemui beberapa jenis tumbuhan liar seperti pokok manau, pokok rotan, pokok taji donak dan bunga-bunga liar yang tumbuh merata di atas bukit.

POKOK MANAU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMESIAL

POKOK ROTAN YANG BOLEH DIANYAM UNTUK DIBUAT BAKUL DAN LAIN-LAIN

POKOK TAJI DONAK SEJENIS HERBA HUTAN YANG BOLEH DIBUAT UBAT
SEJENIS BUNGA HUTAN YANG TUMBUH DI ATAS TANAH TANPA DIKETAHUI POKOKNYA
     Selepas batu besar di Check-Point ke 2, pendakian menjadi lebih curam dan dengan bantuan tali-tali yang disediakan, akhirnya anda akan sampai juga ke puncak bukit. Perjalanan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam untuk sampai ke puncak dari kaki bukit.  Dari atas puncak, anda kena turun sedikit ke bawah di sebelah hujung untuk menemui batu kikir yang boleh memberikan seribu kenangan kerana anda telah sampai ke lokasi yang disebut-sebut oleh pendaki dan menjadi misteri selama ini.

BATU KIKIR DARI PANDANGAN SEBELAH ATAS

SEORANG RANJER BERDIRI DI TEPI BATU KIKIR

SAYA DAN PENDAKI-PENDAKI LAIN DENGAN POSING YANG ISTIMEWA

PENDAKI-PENDAKI DARI KUMPULAN LAIN

PENDAKI-PENDAKI DARI KUMPULAN SEBELUM PENDAKIAN KAMI
KENANGAN DARI PENDAKI-PENDAKI SEBELUMNYA.
     Menurut penduduk tempatan, nama Pekan Batu Kikir diambil sempena nama batu besar ini. Batu kikir yang sinonim dengan Kampong Majau ini telah lama diketahui orang, akan tetapi oleh kerana kurangnya publisiti ianya tidaklah dikenali sehinggalah pada 6th. Oktober 2018 apabila berita tentang kewujudannya mula tersebar dan viral dan dibuka kepada umum,  maka ramailah pendaki dari dalam dan luar negara mulai datang ke sini untuk menyaksikan sendiri dan mendapatkan pengalaman baru.

KAIN RENTANG DI PUNCAK BUKIT UNTUK PESERTA BERGAMBAR
BERGAMBAR BERSAMA 13 ORANG PESERTA DARI KL, PORT DICKSON, SEREMBAN DAN REMBAU.
                                              SEJARAH BUKIT BAGINDO

              Bukit di Majau ini mendapat nama sebagai Bukit Bagindo kerana suatu ketika dahulu di kawasan ini terdapat seorang lelaki Melayu yang bernama Yaakob Bagindo yang mahir tentang selok belok hutan di sekitar bukit dan arif tentang jenis-jenis kayu rimba di dalamnya.
              Menurut cerita, seorang berbangsa Inggeris telah datang ke sana kerana hendak menemui Yaakob untuk mendapatkan kayu kayan yang baik bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan di sini. Orang Inggeris inilah yang dikatakan telah menamakan bukit ini sebagai Bukit Bagindo kerana Yaakob Bagindolah yang telah banyak membantunya.
             Ada suatu teori yang sibuk diperkatakan orang iaitu tentang kedudukan kawasan Majau dan sekitarnya pada zaman dahulu. Oleh kerana ianya terletak di tengah-tengah  kawasan segi 3 yang berkuala iaitu 1. Kuala Pilah, 2. Kuala Kelawang dan 3. Kuala Jempul - maka timbullah suatu persoalan. Apakah pada suatu ketika dahulu kawasan ini merupakan suatu lautan atau hampir-hampir sama dengannya. Ini ditambah pula dengan kemunculan beberapa  tempat di dalam lingkungan  segi 3 ini seperti Pekan Tanjong Ipoh dan Kampong Pantai. Sukar bagi orang kebanyakan dapat menjawab persoalan seperti  ini dengan tepat  kalaulah tidak melalui dapatan-dapatan yang diperolehi  melalui kajian-kajian terperinci yang hanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar archaeology dan geology sahaja dan bukan melalui tekaan rambang semata-mata.
           

                                            SEKIAN - TERIMA KASIH.

                                                 BUKIT BAGINDO

          SUATU MISTERI NAMA DIBERI JAUH DI SEBERANG SANA,
          TEMPAT YANG NYAMAN PENDUDUK TEMPATAN MULA MENGUKIR 
          NAMA, BERSIAP SEDIA  UNTUK MENDAKINYA , LAGENDA 
          DI PUNCAK SANA, KENANGAN MANIS MENGUSIK JIWA DI ATAS 
          BUKIT BAGINDO.

         UNGGAS BERTERBANGAN BERKICAU-KICAUAN SUASANA DINGIN DAN 
         AMAN,  DI HUJUNG MINGGU BUKIT YANG MENGHIJAU MENUJU KE
         KAMPONG MAJAU, PIHAK PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN, 
         MESTILAH MENGGAZETKAN, MARILAH KITA MENDAKI  BERSAMA 
         DI BUKIT  BAGINDO.

                                                      KORUS 

         TERUSKAN PENDAKIAN, ADIK DAN JUGA ABANG, JANGANLAH RESAH 
         DAN BIMBANG, HUJUNG MINGGU RAMAI YANG DATANG. MELANCONG 
         DAN BEREKRIASI  BATU  KIKIR NAMA DIBERI,  TERSERGAM INDAH 
         BATU BERALUN, ASALNYA PEKAN BATU KIKIR.

         YAAKOB BAGINDO TOKOH TEMPATAN HIDUPLAH SI ANAK WATAN,
         NAMA DIJULANG RIWAYAT TERBILANG,  LIPATAN SEJARAH 
         CEMERLANG,  MERATA TEMPAT SUDAH MENGENALI, DI TIMUR DAN
         JUGA DI BARAT,  ( MAJU LEGASI BUKIT BAGINDO, WARISAN KITA
         SEMUA. 2X )

          LAGU DAN LIRIK :   MAIZAN ISMAIL

                

Tuesday 4 December 2018

New Malaysian Stamps - State Definitive Series ( Wild Orchids ) - 04 December 2018



1.   STATE OF NEGERI SEMBILAN DEFINITIVE SERIES

2.   STATE OF NEGERI SEMBILAN DEFINITIVE SERIES ( UNPERFORATED )

Commomerative Pre-Printed Cover - 18th. Asian Games -Jakarta Palembang 2018 - 15 Nov. 2018



                                                       

MELANCONG KE SONGKHLA, HATYAI DAN KUALA PERLIS PADA 13 SEHINGGA 16 NOVEMBER 2018


   Kami bertujuh dari 3 keluarga mula berkumpul di Station Keretapi Seremban mulai jam 7.30 pagi bagi menunggu ketibaan keretapi laju ( ETS ) yang akan tiba di platform 2  tepat jam 8.45 pagi.
   KTM menawarkan 2 jenis package perjalanan ETS dari selatan menuju ke utara iaitu Gold dan Platinum yang boleh diperolehi dengan harga yang berlainan.


KERETAPI LAJU ETS DARI SELATAN KE UTARA

PLATFORM 2 SEREMBAN

   Tepat jam 3.30 petang keretapi yang kami naiki tiba di Arau Perlis dan kami disambut oleh kakitangan agensi pelancongan yang membawa kami ke Motel Tok Mek kepunyaan En. Anuar selaku pengarah dan pemilik agensi pelancongan di Beseri Perlis.
                         

MOTEL TOK MEK DI BESERI PERLIS UNTUK KAMI BERMALAM PADA HARI PERTAMA LAWATAN

    Kami sempat  makan tengahari walaupun waktu agak lewat sedikit di Restoran Tok Mek milik agensi pelancongan tersebut yang menyediakan pelbagai jenis makanan kampung yang sungguh menyelerakan.

RESTORAN TOK MEK DI BESERI PERLIS MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS MASAKAN KAMPUNG.


      Pada sebelah malamnya pula selepas solat Maghrib, kami dibawa pula untuk makan malam di Restoran Api-Api di Kuala Perlis yang menyediakan masakan panas ala Thai dari berbagai jenis makanan laut. Selepas makan malam, kami berehat di Motel Tok Mek sementara menanti waktu pagi keesokan harinya untuk memasuki negeri Thai.

RESTORAN MASAKAN THAI  API-API DI KUALA PERLIS.
    Pada hari kedua 14 Nov. sebelum menuju ke Thailand kami dibawa untuk sarapan di suatu tempat di Beseri yang tidak jauh dari Universiti Perlis.  Salah satu menu sarapan ialah Roti Doll yang telah tular di FB kerana keenakan dan kelainan dari roti-roti biasa.


SALAH SEORANG PESERTA BERGAMBAR DI HADAPAN RESTORAN.

ROTI DOLL YANG TULAR DAN MENJADI KEGEMARAN PENGUNJUNG

    Selesai sarapan kami dibawa dengan van menuju ke kawasan tanah tinggi bernama Kaki Bukit sebelum sampai ke Wang Kelian iaitu sempadan Malaysia Thai yang terdapat pejabat Imigresen untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke pejabat Imigresen Thai untuk pemeriksaan selanjutnya.

PEJABAT IMIGRESEN DI SEBELAH THAI

   Dari sini perjalanan bermula untuk menuju ke Songkhla melalui jalan-jalan yang berliku dan berbukit sekitar 8 km sebelum masuk ke kawasan Satun Thailand dalam perjalanan ke sana. Sebelum ke Songkhla, kami sempat singgah di Pelabuhan Malang yang merupakan satu-satunya pelabuhan di Thailand yang membawa pelancung Thai ke Langkawi.


PELABUHAN TRANSIT PELANCUNG THAI KE LANGKAWI DI MALANG


    Selepas melawat  Pelabuhan Malang, kami dibawa pula ke kawasan pantai Tanjung Pauh yang bersih dan nyaman untuk makan tengahari. Di sini terdapat suatu tempat makan yang diberi nama " Warung Pak Tam ". Pelbagai jenis masakan Thai yang menyelerakan dapat dinikmati di sini.

WARUNG PAK TAM DI TANJUNG PAUH

PANTAI TANJUNG PAUH YANG TERDAPAT DERETAN KEDAI-KEDAI MAKAN

TUJUH DARI TIGA KELUARGA MENIKMATI MAKAN TENGAHARI DI WARUNG PAK TAM
   Selepas makan tengahari rombongan dibawa melawat tugu Songkhla Old Town, kemudian ke Samila Beach di Songkhla juga yang terkenal dengan patung ikan duyung dan air pancut dari mulut naga.


SONGKHLA OLD TOWN

PATUNG IKAN DUYUNG DI SAMILA BEACH SONGKHLA
 
AIR PANCUT DARI MULUT NAGA DI SAMILA BEACH SONGKHLA

       Selesai melawat sekitar Songkhla, kamipun dihantar untuk check-in di Hotel Regency di tengah-tengah bandar Hatyai yang menjadi tumpuan para pelancung dari pagi sehinggalah ke malam.

HOTEL REGENCY HATYAI TEMPAT KAMI MENGINAP SELAMA 2 MALAM

BAHAGIAN LOBBY HOTEL YANG LUAS, BERSIH DAN INDAH.
      Selepas maghrib pada hari kedua,  kami dibawa pula untuk makan malam di Klonghair Seafood Restorant yang menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang berkualiti dengan bayaran 28.00 ringgit tiap seorang. Pengunjung boleh memilih apa saja makanan laut yang boleh digrill atau disteam-boat sendiri dan boleh dimakan berjam-jam lamanya selagi terdaya.

KLONGHAIR SEAFOOD RESTAURANT DI HATYAI YANG MENAWARKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN LAUT
MENIKMATI IKAN, UDANG, KETAM, KEPAH DAN SOTONG MENGIKUT YANG TERMAMPU MAKAN DI KLONGHAIR  SEAFOOD  RESTAURANT  HATYAI.

    Pada hari ke tiga 15 hb. Nov, kami bersarapan di Dim Sum Chabura yang menyediakan makanan jenis dimsum yang sangat digemari oleh orang-orang Jepun, Cina dan Korea di negara masing-masing.  Bagi yang tidak biasa bolehlah memesan makanan-makanan yang lain.

RESTORAN DIM SUM CHABURA DI HATYAI YANG MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN ALA DIMSUM

SAYA MENGAMBIL 4 JENIS DIM SUM UNTUK SARAPAN SEMENTARA YANG LAIN MENIKMATI LAIN-LAIN JENIS MAKANAN.

       Selepas sarapan kami dibawa pula menuju Chang Puak Camp iaitu taman yang menempatkan gajah-gajah dan juga buaya sebagai daya tarikan pelancongan di Thailand. Seseorang pelancong boleh menaiki gajah yang diselia dan dikawal oleh pengemudi yang terlatih dengan bayaran sebanyak 50.00 ringgit Malaysia untuk satu perjalanan.
SACTUARI GAJAH DAN BUAYA DI HATYAI SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN.

TIGA IBU DARI TIGA KELUARGA BERGAMBAR DI TEPI KANDANG ANAK-ANAK  GAJAH.

ANAK-ANAK GAJAH YANG DIRANTAI DI DALAM KANDANG SEBAGAI TONTONAN PENGUNJUNG.

SEEKOR GAJAH DEWASA YANG DILATIH KHAS UNTUK MEMBAWA PARA PELANCONG YANG BERMINAT.
     Program seterusnya ialah melawat kawasan pergunungan yang dinamakan " Khohom ". Di sini terdapat kuil Buddha yang mahsyur kerana terdapat sebuah patong Buddha yang sangat besar berdiri tegak di tengah-tengah kuil.
     Selain itu di sini juga para pelancong dapat melihat pemandangan seluruh bandar Hatyai dari udara dengan menaiki kereta kabel.
    Di sekitar kuil ini terdapat sejenis pokok yang dianggap suci oleh penganut agama Buddha yang dinamakan " Cannon- Ball Tree " khabarnya tumbuh dengan banyak di India. Di bawah pokok inilah dkatakan Gautama Buddha pernah bertapa.


KUIL DI ATAS BUKIT KHOHOM DI HATYAI DENGAN SEBUAH PATONG BUDDHA DI TENGAH-TENGAHNYA.

KERETA KABEL UNTUK PARA PELANCONG YANG BERMINAT UNTUK MELIHAT PERMANDANGAN HATYAI DARI ATAS

POKOK  CANNON-BALL YANG TUMBUH DI SEKITAR KUIL DI ATAS BUKIT KHOHOM
     Program seterusnya ialah melawat " Big Bee Garden " yang mempamirkan dan menjual pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh lebah madu.  Selepas mendengar taklimat, ada di antara kami yang tertarik untuk membeli beberapa produk di sini.

SEBUAH BANGUNAN YANG MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH LEBAH MADU.

SEPASANG REPLIKA LEBAH MADU DI TEPI BANGUNAN.
        Selepas lawatan kami dibawa pula untuk makan tengahari di sebuah restoran Islam yang bernama " Khai Tod Decha " yang bermaksud ayam goreng kunyit. Di sini terdapat pelbagai menu masakan Thai yang sangat menyelerakan .

PERMANDANGAN RESTORAN KHAI TOD DECHA DARI JALAN RAYA.

BAHAGIAN DALAM RESTORAN YANG MEMPAMIRKAN UCAPAN-UCAPAN TAHNIAH DARI PENGUNJUNG YANG PERNAH MAKAN DI SINI.
      Pada sebelah petang pemandu pelancong membawa kami bertujuh untuk membeli belah di sebuah komplek di Hatyai iaitu " Festival Shopping Complex " yang tersangat besar dan canggih.
FESTIVAL SHOPPING COMPLEX DI HATYAI.
          Selepas membeli belah di sana, kamipun dihantar ke hotel untuk berehat. Di sebelah petang kami tidak kemana-mana sekadar membeli makanan di sekitar hotel untuk makan malam.


         Pada hari ke 4 kami bersarapan di " Tamrab Muslim Halal Food " sebuah restoran Melayu Thai di Hatyai yang menyediakan pelbagai makanan yang sangat serasi dengan selera pengunjung dari Malaysia.

TAMRAB MUSLIM FOOD DI HATYAI MERUPAKAN TEMPAT SARAPAN HARI KE 4 SEBELUM MEMASUKI PERLIS SEMULA.
              Selepas sarapan, kami memasuki Malaysia semula melalui Padang Besar. Ianya merupakan tempat membeli belah yang bersempadan dengan Thai yang dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang sangat berpatutan .

PADANG BESAR MERUPAKAN PUSAT MEMBELI BELAH KEPADA PELANCONG-PELANCONG SAMA ADA DARI MALAYSIA ATAUPUN THAI.
          Pada sebelah petang sebelum kami dihantar ke station keretapi di Arau untuk menuju ke Seremban yang berlepas jam 6.15 petang, kami di bawa melawat Muzium Kota Kayangan di Kuala Perlis.   Selepas kira-kira 1 jam di sana, kami dibawa pula ke tepi pantai yang terdapat industri kecil-kecilan yang menghasilkan belacan Perlis yang sangat bersih dan terkenal. Sebelum bertolak ke Arau, kami dijamu dengan Laksa Perlis yang sangat dikenali di merata Perlis bahkan di tempat-tempat lain di semenanjung.

MUSIUM KOTA KAYANGAN DI KUALA PERLIS

INDUSTRI MEMBUAT BELACAN PAK SU DIN YANG SANGAT TERKENAL DI PERLIS.

BELACAN-BELACAN YANG TELAH DIBUNGKUS UNTUK DIJUAL KEPADA PEMBELI

LAKSA PERLIS DI KUALA PERLIS YANG SUNGGUH MENYELERAKAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS  DIKUNJUNGI PELANGGAN-PELANGGANG DARI MERATA TEMPAT.
     Saya sempat bergambar bersama saudara Wahab yang merupakan pemandu pelancong keturunan Thai yang juga fasih berbahasa Melayu di sepanjang lawatan kami di sana.

SAUDARA WAHAB ORANG MELAYU DARI SATUN THALAND YANG MEMANDU DAN MENEMANI KAMI SEPANJANG LAWATAN DI SONGKHLA, HATYAI DAN KUALA PERLIS. MERUPAKAN SEORANG YANG PERAMAH DAN JUGA FASIH BERBAHASA MELAYU.
    
                                                                 SEKIAN