Kami dari 2 keluarga telah lama merancang untuk menziarahi tanah kelahiran datuk nenek moyang kita yang berasal dari Alam Minangkabau. Penerbangan pada jam 7.30 pagi pada hari pertama mengambil masa selama 45 minit dari KLIA 2 ke Kota Padang ibu negeri Tanah Minang yang terletak di persisiran Lautan Hindi. Perjalanan dengan van membawa kami berenam yang mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan kami berhenti di tepi air terjun di Lembah Anai yang menjadi tumpuan pengunjung apabila hendak ke Bukit Tinggi.
|
AIR TERJUN DI LEMBAH ANAI YANG TERLETAK DALAM KAWASAN BATU SANGKAR |
Selepas itu kami dibawa pula melawat Perkampungan Budaya yang menempatkan sebuah Rumah Gadang yang sangat sinonim dengan alam Minangkabau. Berbagai maklumat penting dapat diperolehi semasa lawatan itu termasuklah seni bina, peranan Rumah Gadang dalam masyarakat dan juga tempat menyimpan padi untuk ahli kediaman. Rumah ini dibina oleh seorang pembesar yang bernama Bustanil Arifin pada tahun 1988.
|
RUMAH GADANG YANG TERLETAK DALAM KAMPUNG BUDAYA DI PADANG PANJANG. |
|
KEPUK ATAU TEMPAT MENYIMPAN PADI UNTUK KEGUNAAN KELUARGA DAN MASYARAKAT SETEMPAT. |
|
|
Sebelum sampai ke Bukit Tinggi kami dbawa makan di sebuah restoran yang berbentuk rumah minang.
|
RESTORAN PONDOK INDAH RAYO YANG BERBENTUK RUMAH MINANG UNTUK MAKAN TENGAHARI. |
Apabila sampai kami ditempatkan disebuah hotel yang bernama Grand Marlindo untuk berehat sebelum memulakan lawatan pada keesokan harinya.
|
HOTEL GRAND MARLINDO YANG TERLETAK DI TENGAH BANDAR MINANG |
|
Semasa perjalanan pengusaha rombongan telah menawarkan kepada kami untuk menghadiri majlis kenduri kawin masyarakat tempatan yang belum pernah kami saksikan. Perkahwinan itu berlansung di Kampung Biladang dalam Kota Paya Kumbuh. Sesampainya kami di sana, kami diberikan layanan baik dengan nasi makan malam yang berlaukan masakan tempatan yang tidak pernah kami rasai selama ini.
1. chengkol / jering goreng berlada 2. ikan kecil dari kolam goreng berlada 3. ubi kayu goreng berlada 4. chengkol / jering masak lemak bersama nangka muda. 5. rendang daging ala minang.
6. nasi dari beras yang ditanam sendiri.
Selepas makan malam di sana kami kembali ke hotel penginapan untuk lawatan keesokan harinya.
|
NASI BERAS TEMPATAN DENGAN 5 JENIS MASAKAN MASYARAKAT MINANG. |
|
WAJAH SEPASANG PENGANTIN DENGAN BEBERAPA AHLI ROMBONGAN. |
Pada hari ke kedua 08 / 01 / 2018, selepas sarapan di hotel, rombongan dibawa membeli belah di Cahaya Bandir yang menjual berbagai jenis pakaian bersulam yang cukup berkualiti dan harga berpatutan.
|
KEDAI MENJUAL KAIN DAN PAKAIAN BERSULAM YANG HALUS DAN BERKUALITI | . |
Selesai di sana, kami dibawa melawat ke tempat Sulaman Haj. Rosmah yang menyediakan pakaian bersulam ala boutique. Di sana terdapat beberapa orang wanita dari tempat lain yang datang untuk belajar menyulam
|
RUMAH KEDAI SULAMAN HAJAH ROSMAH. |
|
PAKAIAN BERSULAM YANG SANGAT HALUS DAN MAHAL SEDIKIT |
|
BEBERAPA WANITA YANG BELAJAR MENYULAM DI BENGKEL KEDAI SULAMAN. |
Seterusnya kami dibawa merasai minuman tradisi di suatu tempat yang dinamakan Kiniko dan sempat membeli beberapa produk tempatan.
|
BANGUNAN BERBENTUK PONDOK YANG DINAMAKAN KINIKO MENJUAL MINUMAN TRADISI |
|
BAHAGIAN BELAKANG KEDAI UNTUK MERASAI MINUMAN SEPERTI TEH MULBERI SECARA PERCUMA. |
|
|
Kemudian kami dibawa melawat komplek yang menempatkan beberapa buah istana lama seperti Istana Silindung Bulan dan Istana Besar Pagaruyung yang telah beberapa kali dijilat api dan dibina semula.
|
BENTUK ISTANA LAMA PAGARUYUNG DARI ARAH HADAPAN |
|
BENTUK ISTANA LAMA PAGARUYUNG DARI ARAH TEPI |
|
KEPUK ISTANA UNTUK MENYIMPAN PADI |
|
ISTANA LAMA SILINDUNG BULAN |
Selesai lawatan ke Istana Pagaruyung, kami dibawa makan tengahari di tempat yang dinamakan Pondok Flora yang letaknya di dalam kolam.
|
RESTORAN YANG TERLETAK DI DALAM KOLAM |
|
KEADAAN RUPA BENTUK RESTORAN DALAM KOLAM |
Selesai makan tengahari, kami dibawa pula melawat Lembah Harau yang letaknya agak jauh dari pusat bandar sekitar 40 KM. Perjalanan yang agak meletihkan melalui lereng-lereng bukit dan sawah padi akhirnya kami sampai juga di sana.
|
KELIHATAN AIR TERJUN YANG JATUH DARI PUNCAK GUNUNG MENJADI TARIKAN PENGUNJUNG. |
|
KAMI BERENAM BERGAMBAR DI SANA. |
Selesai ke sana, dalam perjalanan pulang melalui Kabupaten 50 Koto kami berpeluang pula mengambil gambar sebuah masjid di Nagari Simalanggang yang merupakan tanah kelahiran nenek moyang kami di Sri Menanti, Negeri Sembilan.
|
MASJID NAGARI SIMALANGGANG |
|
RUPA BENTUK DARI ARAH HADAPAN. |
|
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami dibawa makan malam di sebuah restoran yang diberi nama Restoran Mekar Sari.
|
RESTORAN MEKAR SARI YANG MENYEDIAKAN MAKANAN MASAKAN MINANG. |
|
|
|
Pada hari ke 3 - 09 Januari 2019, kami dibawa pula melawat Tasik Meninjau yang dikatakan masih aktif. Dalam perjalanan ke sana, kami dibawa singgah di suatu kawasan yang menghasilkan barang-barang perhiasan dan pelbagai jenis cincin yang diperbuat dari perak.
|
SILVER WORK WELISYAR MENJUAL PERHIASAN PERAK |
|
BARANG PERHIASAN WANITA DI RUMAH SILVER WORK |
Seterusnya perjalanan menuju ke Tasik Meninjau yang melalui Kelok 44. Kami tidak pergi ke rumah kelahiran Hamka kerana jalan sedang diperbaiki dan sangat merbahaya. Sempat mengambil gambar diKelok 39 yang memperlihatkan keindahan Tasik Meninjau.
|
KEINDAHAN TASIK MENINJAU DARI KELOK 39 |
Dalam perjalanan mendaki Kelok 44 semula, rombongan dibawa pula mendaki bukit sehingga sampai ke pucak Gunung Lawang yang terdapat resort di sana.
|
PERMANDANGAN TASIK MENINJAU DARI LAWANG PARK. |
|
SEBUAH BAHTERA DI ATAS PUNCAK LAWANG PARK |
|
LAWANG PARK ONE STOP ADVENTURES. |
Selesai lawatan di sana, kami dibawa makan tengahari di Restoran Sederhana yang dimiliki oleh seorang usahawan makanan bernama Bustanin yang mempunyai 112 restoran makanan masakan minang di seluruh bumi minangkabau.
|
RESTORAN MASAKAN MINANG SEDERHANA - SALAH SATU RANGKAIAN DARI 112 KEDAI MAKAN |
|
BERSEBELAHAN DENGAN RESTORAN IALAH HOTEL BAGINDO MERUPAKAN DI ANTARA YANG TERTUA. |
Selepas makan tengahari kami dibawa membeli oleh-oleh di suatu tempat yang diberi nama Ummi Aufa.
|
KEDAI YANG MENJUAL BERBAGAI OLEH-OLEH MASYARAKAT TEMPATAN |
|
Kemudian rombongan dibawa pula melawat Jam Gadang yang terletak di tengah-tengah bandar.
Kami tidak dibawa melawat pasar di sekitarnya kerana kesuntukkan masa.
|
PEMANDANGAN DARI JAUH RUPA BENTUK JAM GADANG. |
|
|
Dalam perjalan balik ke Padang, kami berhenti di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian dan barangan kulit yang sangat cantik dan halus buatannya.
|
SULAMAN MAYANG TAURAI YANG MENJUAL PELBAGAI BARANGAN DARI KULIT SEBENAR. |
Berhenti makan di Sate Mak Syukur dalam perjalanan ke Padang. Suka diingatkan sate di sana tidak sama dengan sate di Malaysia. Mungkin selera kita berbeza kerana kita menggunakan kuah kacang.
|
RESTORAN YANG MENJUAL SATE MAK SYUKUR DALAM PERJALAN PULANG KE PADANG. |
|
| |
Di Padang, kami ditempatkan di Hotel Rangkaya Basa untuk bermalam sebelum penerbangan balik ke Malaysia keesokan harinya.
|
HOTEL RANGKAYA BASA DI KOTA PADANG. |
Sebelum balik kami dibawa makan di restoran Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman yang menyajikan belbagai jenis hasil laut yang rata-rata sungguh enak.
|
PONDOK IKAN BAKAR KHATIB SULAIMAN DI KOTA PADANG. IKAN BAKAR HASIL LAUT HINDI |
Sebelum dihantar ke lapangan terbang Kota Padang, kami dibawa melawat Masjid Raya yang menjadi kebanggaan masyarakat Minang yang terletak di tengah-tengah Kota Padang
|
MASJID RAYA YANG BERCIRIKAN BENTUK RUMAH GADANG MASYARAKAT MINANG. |
|
|
|
Di anatara tempat-tempat yang tidak sempat dilawati kerana kesuntukan masa ialah 1. Pandai Sikek 2. Lubang Jepang 3. Sihanok 4. Pasar Di Jam Gadang.
Jikalau tuan-tuan dan puan-puan berhajat ke sana, silalah hubungan mereka ini yang menyediakan pakej lawatan yang bagus dan harga sangat berpatutan.
|
RONNI DAN BORHAN. |
|
fb: rooni_h80@yahoo.co.id / whatsapp + 62 813 634 08 670
No comments:
Post a Comment