Kesemua sembilan Datuk Luak bersetuju untuk
mendapatkan seorang anak raja dari Pagaruyong untuk dinobatkan di Negeri Sembilan
kerana Sultan Abdul Jalil Ibni Bendahara Tun Habib yang memerintah Johor ketika
itu menghadapi masalah dengan Belanda dan ancaman Daeng Kemboja raja Bugis yang inginkan
wilayahnya khususnya Negeri Sembilan. Kedudukan Negeri Sembilan ketika itu diumpamakan seperti berikut. " Berajakan Johor, Bertalikan Siak dan Bertuankan Pagaruyong ". Menurut cerita usaha untuk
mencari calon telah bermula semenjak tahun 1760. Difahamkan lima orang wakil atau anak raja telah dinobatkan di Rembau.
Kesemuanya tidak layak kerana apabila disembah mereka semua mengalami cirit-birit. Itulah sebabnya kenapa Kg.
Istana Raja tempat mereka bersemayam sehingga kini dinamakan Pekan Penajis. ( tidak dapat disahkan kebenarannya )
Ada yang mengatakan pada tahun 1770 satu
rombongan untuk menjemput anak raja Sultan
Abdul Jalil yang memerintah Pagaruyong yang bernama Raja Mahmud dijalankan oleh Panglima Bandan dan
Panglima Bandot. Sebelum itu seorang
anak raja yang bernama Raja Khatib telah dihantar terlebih dahulu untuk
memastikan keadaan dan telah menyeleweng dengan mengaku sebagai anak raja yang
sebenar, lalu ditabalkan di Sri Menanti oleh Penghulu Na’am dan dikahwinkan dengan puterinya Dang Anum.
Setelah
Raja Melewar sampai dan ditabalkan di Kg. Istana Raja, Rembau, baginda
menyediakan angkatan perang untuk berangkat memerangi Raja Khatib dan Penghulu Na’am di Sri
Menanti yang akhirnya tewas lalu Raja Khatib diserahkan kepada Raja Siak.
Salam hormat dari penyusun,
....................................................................................................................................
( 1st.) Tuanku
Mahmud Shah Ibni Sultan Abdul Jalil
atau Raja Melewar (1773 – 1795)
berkahwin dengan Cik Sani
1.
Tengku
Totok
2.
Tunku
Aishah
·
Apabila baginda dibunuh oleh Luak Biduanda Rembau pada 1795 maka anaknya Tengku Totok tidak dilantik sebagai Yang
Dipertuan. Sebaliknya dijemput anak raja
yang ke dua dari Pagaruyong iaitu
Raja Hitam.
YAMTUAN SERI MENANTI YANG PERTAMA - RAJA MELEWAR ( 1773 - 1795 ) .................................................................................................................................. |
( 2nd. ) Raja Hitam (1795 - 1808 ) Tunku Aishah (
Puteri Melewar )
·
Perkahwinannya dengan Tunku Aishah tidak dikurniakan cahaya mata.
2nd. Raja Hitam
berkahwin dengan Cik Jingka
1. Tengku Husin
2.
Tunku Ngah*
3. Tengku Ibrahim
4. Tengku Alwi
·
Entah
atas sebab apakah tidak seorangpun dari putera-putera baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan
Besar, maka satu lagi rombongan dihantar ke Pagaruyong untuk memohon seorang
putera raja untuk kerajaan di Seri Menanti. Maka sampailah seorang yang bernama Raja Lenggang atau Melenggang. Baginda
merupakan raja yang ke tiga dan yang
terakhir dibawa masuk dari Sumatra.
.......................................................................................................................................
( 3rd.) Raja
Lenggang
( 1808 – 1824 )+ Tunku Ngah ( puteri
Raja Hitam )
1.
Tengku
Radin
2.
Tengku
Imam
.....................................................................................................................................
( 4th.) Tuanku
Radin Ibni Raja Lenggang( 1824 -
1861 ) + Tunku Ampuan Intan
·
Tuanku Radin mempunyai 6 orang isteri dan 14 orang putera dan puteri dan di antaranya ialah
1.
Tengku
Besar Daud
2.
Tengku
Besar Lintau
3. Tuanku
Antah
4.
Tunku
Muda Chik
·
Tuanku
Radin merupakan anak raja kelahiran Negeri Sembilan yang pertama menjadi Yang
Dipertuan Besar dan diangkat oleh Undang Yang Empat dan Pemegang Adat secara
rasmi.
·
Terdapat
seorang yang bernama Tengku Ma’arom yang tinggal di Kg. Parit, Kuala Pilah menyatakan ianya sebagai cicit kepada Tengku Besar
Lintau ie Tunku Ma’arom binti Tengku
Halim bin Tengku Hamid bin Tengku
Besar Lintau.
......................................................................................................................................
( 5th.) Tuanku
Imam Ibni Raja Lenggang( 1861 – 1869 ) + Cik Normah
·
Menggantikan abangnya sebagai Yang Dipertuan
Besar dan mempunyai 6 orang putera / puteri
1. Tengku
Ahmad Tunggal
2. Tengku
Cindai
3.
Tengku
Ulin
4.
Tengku
Alam
5.
Tengku
Jumaat
6.
Tengku
Maadin
·
Tunku Muda Chik anak Yam Tuan Radin dikahwinkan
dengan Tengku Chindai anak Yam Tuan
Iman bererti kawin sepupu dan
ayahanda mereka berbesan adik-beradik.
Tuanku
Ampuan Intan ( 1869 – 1872 ) - sebagai
pemangku sahaja
·
Merupakan
balu kepada Yam Tuan Radin, memegang
jawatan pemangku selama 3 tahun kerana terdapat masalah dalam perlantikan Yam
Tuan yang baru. Tuanku Ampuan Intan
dicadangkan sebagai pemangku oleh Datuk
Kahar yang lebih dikenali sebagai Datuk Siamang Gagap.
DATUK KAHAR ATAU DATUK SIAMANG GAGAP YANG MEMBANTU TUANKU ANTAH MENENTANG SUNGAI UJONG YANG DISOKONG OLEH BRITISH PADA 1875 |
...........................................................................................................
( 6th.) Tuanku Antah Ibni Tuanku Radin( 1872 – 1888 )+ Tunku Chik
1.
Tuanku Muhamad
2. Tengku Besar Burhanudin
3. Tengku Sulaiman Uban
4. Tengku Kahar
5. Tunku Puteri Aishah ( moyang kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin )
6. Tunku Dara ( bondanya Baba Melaka
)
·
Apabila
Tuanku Antah dilantik sebagai Yam
Tuan, sepupunya Tengku Ahmad Tunggal
tidak berpuas hati lalu memberontak dengan berpihak kepada Sungai Ujong untuk
memerangi Sri Menanti. Inilah yang dinamakan "Perang Bukit Putus ".
.....................................................................................................................................
YAM TUAN KE ENAM SERI MENANTI - TUANKU ANTAH IBNI TUNKU RADIN ( 1872 - 1888 ) |
( 7th. ) Tuanku Muhamad Ibni Tuanku Antah( 1888 – 1933 ) berkahwin dengan Tunku Puan Chik
1.
Tengku
Abd. Aziz
2. Tengku
Abd. Rahman
( sila rujuk " Misteri Puteri Yang Hilang " - 24 April 2017 )
( sila rujuk " Misteri Puteri Yang Hilang " - 24 April 2017 )
7th. Tuanku
Muhamad berkahwin dengan Tunku Halijah ( cucu kpd Yamtuan Radin dan Imam )
1. Tengku Laksamana Nasir
2. Tengku Muhamad Alam Shah ( kurang upaya )
·
Baginda
mempunyai 2 orang isteri dan 4 orang putera kesemuanya.
..........................................................................................
(Tengku Besar Burhanudin Ibni Tuanku Antah – adinda Tuanku Muhammad )
YAMTUAN KE TUJUH NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUHAMMAD IBNI TUANKU ANTAH ( 1888- 1933 ) ISTANA LAMA SERI MENANTI DIBINA OLEH TUANKU MUHAMMAD BAGI MENGGANTIKAN ISTANA PUTIH YANG DIMUSNAHKAN OLEH INGGERIS SEMASA PERANG SERI MENANTI SUNGAI UJONG ( 1875 ). DI BINA PADA TAHUN 1902 DAN SIAP PADA 1908 DAN TELAH DIDUDUKI OLEH YAMTUAN SEHINGGA 1931 SEBELUM BERPINDAH KE ISTANA BARU PADA 14 JULAI 1992. IANYA DIJADIKAN MUZIUM DIRAJA OLEH TUANKU JAAFAR. .. ISTANA BESAR SERI MENANTI ( ISTANA RASMI ) MULA DIDUDUKI OLEH TUANKU MUHAMMAD PADA 1932 DAN DITERUSKAN OLEH YAMTUAN YANG BERIKUTNYA SEHINGGALAH SEKARANG. ISTANA HINGGAP YAM TUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DI SEREMBAN. |
(Tengku Besar Burhanudin Ibni Tuanku Antah – adinda Tuanku Muhammad )
a.
Tengku Besar Burhanudin berkahwin dengan Tunku Puan Chik
1.
Tunku Kurshiah* ( berkahwin dengan sepupunya Tengku Abdul Rahman )
2. Tunku Hamidah
3.
Tunku Durah* ( berkahwin dengan anak buahnya Tengku Munawir )
4. Tengku Mustafa
5. Tengku Mat Sultan
6. Tengku Daud
7. Tengku Adenan
8. Tengku Mahmud
9. Tengku Ap
b.
Tengku Besar Burhanudin berkahwin dengan Cik Lijah
1. Tunku Ribah
2. Tengku Mat Jamil
3. Tunku Dayah
4.
Tunku Najihah* ( berkahwin dengan anak buahnya Tengku Jaafar )
5. Tengku Mat Bob
* Tengku Besar Burhanudin ialah adinda
Tuanku Muhamad mempunyai 2 orang isteri iaitu Tunku Puan Chik dan Cik Lijah.
* Perhatikan 3 orang puterinya menjadi
Tunku Ampuan Negeri Sembilan bermula dengan Tunku Kurshiah, Tunku Durah dan Tunku
Najihah
* Cik
Lijah ibu kepada Tunku Ampuan Najihah
ialah orang gaji Tengku Besar
Burhanudin yang akhirnya menjadi isteri
kedua beliau dan sahabat karib kepada moyang
saya iaitu Inah. *
*Setiap
hujung minggu beliau akan ke Kg. Tg. Beringin* untuk mendapatkan ubi kayu untuk
dibuat tapai dan lain-lain pucuk kayu kegemarannya. Berasal dari Kuala Selangor dan adalah wanita keturunan Jawa*. Rajin ke sawah dan suka memungut sandar* sejenis
tumbuhan di sawah untuk dibuat gulai. Tunku Najihah ketika menjadi Tunku Ampuan, masih suka bertanya di manakah beliau boleh mendapatkan gulai sandar, cendawan kukur dan pucuk cemperai kerana sudah biasa dengan masakan bondanya ketika kecil.
TENGKU BESAR BURHANUDIN ADINDA KEPADA TUANKU MUHAMMAD |
..........................................................................................................................................
( 8th.) Tuanku
Abdul Rahman
Ibni Tuanku Muhamad ( 03/08/1933 –
01/04/ 1960 ) berkahwin dengan Cik Maimunah ( bangsa nasrani - jururawat )
1. Tunku Aida
2. Tuanku Jaafar*
3. Tengku Abdullah
4. Tunku Nazilah
8th.Tuanku
Abdul Rahman
berkahwin dengan Tunku Maharun (
bonda Tunku Tek / Tunku Jemiah Binti Tengku Tunggal )
1.
Tuanku Munawir*
8th. Tuanku
Abdul Rahman
berkahwin dengan Tunku Kurshiah (
sepupunya )
1. Tunku Zaidah
2.
Tunku Bahiah*
3. Tunku Shariah
4. ………………..
·
Tunku Bahiah berkahwin dengan Tuanku Abd. Halim Sultan Kedah
.....................................................................................................................................
YAMTUAN KE LAPAN NEGERI SEMBILAN - TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD ( 1933 - 1960 ) |
( 9th.) Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman ( 05/04/1960 – 14/04/1967 ) berkahwin dengan Tunku Ampuan Durah ( emak saudaranya )
1. Tengku Mukhris*
2. Tunku Puteri Munawirah
3. Tunku Mudziah
4. Tunku Deborah
5. Tunku Deannah
6. Tunku Ann Dakhlah
..................................................................................................................................
5. Tunku Deannah
6. Tunku Ann Dakhlah
YAMTUAN KE SEMBILAN NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUNAWIR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN ( 1960 -1967 ) |
INFORMASI
·
Perhatikan
Tuanku Abdul Rahman ( ayah ) mengawini
sepupunya Tunku Kurshiah sementara
puteranya Tuanku Munawir mengawini
emak saudaranya Tunku Durah.
Kedua-duanya Tunku Ampuan tersebut adalah anak kepada Tengku Besar Burhanudin adinda kepada
Tuanku Abdul Rahman sendiri.
....................................................................................................................................
....................................................................................................................................
( 10th.) Tuanku
Jaafar Ibni Tuanku Abd Rahman ( 18/04/1967 – 27/12/2009 ) berkahwin dengan
Tunku Najihah ( emak saudara )
1. Tengku Naquiyuddin
2. Tengku Imran
3. Tengku Nadzarudin
4. Tunku Dara
5. Tunku Jawahir
6. Tunku Puteri
.................................................................................................................................
YAMTUAN KE SEPULUH NEGERI SEMBILAN - TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN ( 1967 - 2009 ) |
INFORMASI
·
Dato Undang yang
empat tidak melantik seorangpun dari putera-putera Tuanku Ja’afar sebaliknya
lebih memihak kepada Tuanku Muhriz
putera Tuanku Munawir kerana kedua ibubapanya adalah keturunan raja yang tulin*. Lagipun ketika Tuanku Ja’afar menaiki
tahta, Tuanku Muhriz baru berusia 18
tahun.
·
Seperti adinda baginda Tuanku Munawir, Tuanku
Jaafar juga mengawini emak
saudaranya iaitu Tunku Ampuan Najihah
puteri kepada Tengku Besar Burhanudin.
..................................................................................................................................
11th.
Tuanku Muhriz Ibni Almarhun
Tuanku Munawir berkahwin dengan Tunku
Aishah Rohani.
1. Tengku Ali Redhauddin Muhriz *
2. Tengku Zain Al’Abidin Muhriz
3. Tengku Aliff Hussein Saifuddin Al’Amin ( mangkat pada usia 32 tahun )
.......................................................................................................................................... INFORMASI * .
Tuanku Muhriz adalah anak buah kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin b. Tengku Othman ( Ungku Adik ) kerana Tengku Othman dan Tunku Mahrun ( bonda Tuanku Munawir ) adalah adik-beradik . Mereka berdua adalah putera puteri kepada Tunku Puteri Aisyah puteri kepada Yam Tuan Antah
YAMTUAN KE SEBELAS NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUHRIS IBNI TUANKU MUNAWIR ( SEKARANG ) |
.......................................................................................................................................... INFORMASI * .
Tuanku Muhriz adalah anak buah kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin b. Tengku Othman ( Ungku Adik ) kerana Tengku Othman dan Tunku Mahrun ( bonda Tuanku Munawir ) adalah adik-beradik . Mereka berdua adalah putera puteri kepada Tunku Puteri Aisyah puteri kepada Yam Tuan Antah
* Tengku Dato' Seri Hasmuddin adalah raja keturunan suku Sri
Melenggang Tg. Beringin perut Sri Menanti ( mengikut nisab ibunya ) kerana ayahanda beliau berkahwin di sana.
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
TENGKU BESAR SERI MENANTI - TENGKU ALI REDHAUDDIN IBNI TENGKU MUHRIS. * DILANTIK PADA 22 FEBRUARI 2009 |
( 1 ) Sembilan
suku Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dikelaskan kepada dua luak
a. Luak Lima Puloh Kota
1.
Paya
Kumbuh
2.
Seri
Lemak
3.
Mungkal
4.
Batu
Belang
5.
Batu
Hampar
6.
Seri
Melenggang
b. Luak Agam
1.
Tanah
Datar
2.
Tiga
Batu
3.
Tiga
Nenek
( 2 )
Di
istana terdapat 3 tingkat gelaran darjat bagi
anak-anak kepada raja yang memerintah.
a.
Putera Yang Empat
1.
Tengku
Besar
2.
Tengku
Laksamana
3.
Tengku
Muda Serting
4.
Tengku
Panglima Besar
b. Anak-Anak Raja Bergelar
1.
Tengku
Iman
2.
Tengku
Alang
3.
Tengku
Besar Kecil
4.
Tengku
Kecil Muda
c. Puteri Yang Dua
1.
Tengku
Puteri
2.
Tengku
Dara
( 3 ) Lima Suku Yang Termasuk Dalam Kawasan Adat Lingkungan Istana Iaitu
1.
Batu
Hampar
2.
Tanah
Datar
3.
Tiga
Batu
4.
Sri
Lemak Minangkabau
5.
Sri
Lemak Pahang
.........................................................................................................................................
Kesemua suku ini diwakili oleh datuk masing-masing yang menjalankan pentadbiran di istana
dengan gelaran yang diberi. ( empat yang awal adalah Tiang Balai )
1. Batu Hampar ( Sri Menanti dan
Sungai Layang )
a. Datuk
Raja Dewangsa
b. Datuk
Sri Amar Diraja
2. Tanah Datar
a. Datuk
Penghulu Dagang
b.
Datuk Akhir Zaman
3. Tiga Batu
a. Datuk
Besar
4. Sri Lemak Minangkabau
a. Datuk
Bangau
5. Sri Lemak Pahang
a. Datuk
Andatar Lembaga
1. Gelaran Buapak
a.
Kampong
Buyau ialah Datuk Panglima Jaya
b.
Kampong
Tanjong Beringin ialah Datuk Panglima
Garang
.....................................................................................................................................
Sejarah 4 Peringkat Kedatangan Orang Minangkabau Ke NS
......................................................................................................
......................................................................................................
1.
Rombongan Pertama
Datuk Raja dan isteri Tok Seri
datang dari Minangkabau ke Siak ,
kemudian ke Johor dan terus ke Naning dan akhirnya ke Rembau. Dari sana ke
suatu tempat yang bernama Londa Naga dan sekarang disebut orang sebagai Kampong Galau
2.
Rombongan Ke Dua
Datuk Bandaro Penghulu Alam dari
Sungai Tarab, Sumatra, datang ke sini dan menetap di tempat bernama Sungai Layang
3.
Rombongan Ke Tiga
Datuk Makudum Sati di Sumanik dari Batu Sangkar bersama Sultan
Sumatik dan Johan Kebesaran sebelum datang ke sini terus ke Siak, kemudian ke
Melaka, kemudian ke Rembau dan akhir ke
Perkampungan Tanjung Alam yang sekarang dikenali sebagai Gunung Pasir
4.
Rombongan Ke Empat
Datang dari Seri Lemak Payakumbuh
dan diketuai oleh Datuk Putih dan terus ke Rembau. Suku Batu Hampar dan Mungkal diketuai oleh
Datuk Lelo Balang sementara suku Tiga Nenek diketuai oleh Datuk Laut.
Kesemuanya datang lalu menetap di Rembau
( Datuk Putih memberi nama kepada Seri Menanti ketika membukanya menemui 10
tangkai padi di hutan )
........................................................................................................................................
Sebarang Pembetulan Fakta Dialu-alukan. Terima Kasih.