Monday, 16 July 2018

Tuesday, 10 July 2018

Thursday, 17 May 2018

New Malaysian Stamps / Miniature Sheet - Medicinal Plants Series 4 - 17 May 2018



CANCELLATION

1.   MEDICINAL PLANTS SERIES  4 - 17 MAY 2018

2.   MEDICINAL PLANTS SERIES  4 - 17 MAY 2018

Friday, 27 April 2018

New Malaysian Stamps / Miniature Sheet - Malaysian Citrus Fruits - 24 April 2018



STAMPS CANCELLATION

60 CENTS STAMPS

60 CENTS STAMPS

60 CENTS STAMPS

A 6.00 RINGGIT MINIATURE SHEET

1.  CITRUS FRUITS OF MALAYSIA - 24 APRIL 2018

2.  CITRUS FRUITS OF MALAYSIA - 24 APRIL 2018

New Malaysian Stamps / Miniature Sheet - Musical Instruments Of Malaysia Series 2 - 10 April 2018





Sydney Australia - 25 Mac Sehingga 22 April 2018

     Penerbangan  jam 9.20 malam pada 25 Mac dari KLIA  mengambil masa 7 jam 50 minit untuk mendarat di Lapangan Terbang Sydney.  Waktu di Australia adalah 2 jam lebih awal dari waktu tempatan.
    Sesampainya kami di sana, kami perlu membeli kad Opal yang membolehkan kami keluar dari lapangan terbang menuju ke keretapi kerana bayaran  keluar dari lapangan terbang adalah 17.60 dollars.
   Kad Opal yang dikeluarkan oleh New South Wales Transport Authorities membolehkan pemilik kad menaiki keretapi, bas atau whaft ( feri ) dan dikenakan bayaran mengikut jarak yang dilalui kecuali pada hari Ahad di mana bayarannya adalah 2.60 dollars dan membolehkan seseorang bergerak ke mana sahaja dengan pengangkutan awam kecuali teksi dan Uber.
   Dari Sydney Airport, kami menaki train ke Glandfield yang mengambil masa selama 15 minit dan turun untuk train ke dua ke Fairfield Train Station sebelum mengambil Uber teksi ke No. 15, Coleraine St, Fairfield, Sydney.
........................................................................................................................................
                                                        CITY OF FAIRFIELD

    Terdapat sebuah Shopping Complex di Fairfield City yang dikenali sebagai Neeta City. Di sinilah terdapat segala apa yang diperlukan untuk keperluan harian seseorang.  Tidak jauh dari Neeta City, terdapat sebuah lagi tempat membeli belah yang dinamakan Fairfield Forum.

SHOPPING COMPLEX YANG DINAMAKAN NEETA CITY

FAIRFIELD FORUM YANG TERLETAK TIDAK JAUH DARI NEETA CITY
 
   Tempat ini diduduki oleh bangsa Arab Lebanon, Mesir dan Syria yang majoritinya adalah beragama Kristian.
    Kawasan Fairfield adalah sangat luas meliputi kawasan seperti Canley Vale, Cabramatta, Carrama, Cecil Height dan Liverpool.
    Mempunyai beberapa tempat riadah dan bersukan seperti Adam Park, Endeavour Park, Johnston Park, Longfield Park, Cerrybrook Creek Park dan lain-lain

MERUPAKAN TEMPAT RIADAH YANG PALING POPULAR SEKALI


TEMPAT RIADAH YANG PALING LUAS SEKALI UNTUK AKTIVITI SUKAN
TERLETAK TIDAK JAUH DARI CANLEY VALE HIGH SCHOOL
TERLETAK DIKAWASAN LORONG YANG SANGAT PANJANG DAN AGAK JAUH.

    Di sekitar lorong-lorong jogging terdapat banyak creek yang didiami oleh berbagai jenis hidupan liar seperti parrot , cockatoo, itik liar, ibis dan lain-lain yang mendapat perlindungan sepenuhnya dari Jabatan Perhutanan Australia. Jinak dan boleh dihampiri tetapi sukar ditangkap.
ITIK-ITIK LIAR BERKELIARAN MEREBUT MAKANAN DENGAN COCKATOO
SEPASANG COCKATOO BERJAMBUL KUNING  DI TEPI JOGGING TRACK

SEJENIS BURUNG YANG DINAMAKAN AFRICAN SACRED-IBIS.

2 JENIS BURUNG YANG TERDAPAT DI AIR SEKITAR CREEK.

     Di mana-mana kawasan perumahan atau creek terdapat sejenis pokok yang dilindungi oleh kerajaan yang diberi nama Gum Tree. Seseorang boleh didenda  600.00 dollar jika didapati bersalah menebangnya tanpa permit. Diberitakan bahawa pokok ini telah lama wujud di Australia sebelum Captain Cook mendarat di sana. Ia dijadikan lambang atau icon kepada suatu syarikat yang menawarkan pekerjaan di Australia.

SEPOHON POKOK GUM TREE

     Kawasan perumahan sekitar Canley Vale dan Cabramatta diduduki majoritinya oleh orang-orang Cina Vietnam yang lari meninggalkan negara mereka ke negara ke tiga selepas Vietnam jatuh ke tangan Komunis.
    Terdapat 2 buah Sekolah Menengah di Fairfield City satu  di Canley Vale dan satu lagi di pusat bandar.

FAIRFIELD HIGH SCHOOL

CANLEY VALE HIGH SCHOOL
   Di tepi  Canley Vale High School terdapat sepohon pokok epal yang sedang berbuah. Inilah pokok epal yang pertama dapat saya lihat di negara orang. Di Malaysia ianya dinamakan Granny Apple atau Epal Hijau

SEPOHON POKOK EPAL DI TEPI CANLEY VALE HIGH SCHOOL.

      Tidak beberapa jauh dari Fairfield High School, terdapat sebuah muzium dan galery yang menempatkan perbagai maklumat mengenai sejarah tempatan.

FAIRFIELD CITY MUSEUM AND GALLERY.
....................................................................................................................................

                                              SYDNEY CIRCULAR QUEY

    Merupakan kawasan tumpuan para pelancong dalam dan luar negara apabila melancong ke Sydney.  Di sinilah terdapat Sydney Bridge dan Opera House dan lain-lain lagi tarikan. Di dalam bahasa kita Circular Quey bermaksud sebuah teluk yang berbentuk bulat dan terlindung dari tiupan angin kencang dan sesuai dijadikan pelabuhan.

PEMANDANGAN CIRCULAR QUEY DARI SYDNEY OPERA HOUSE

SYDNEY BRIDGE YANG TERKENA DI AUSTRALIA.

RUPA BENTUK OPERA HOUSE DARI ARAH LAUT

      Seseorang pelancong ke Sydney wajib menaiki whalf untuk ke Watson Bay yang merupakan pada suatu ketika dahulu kawasan nelayan yang tertua di Australia dan sekarang dijadikan tempat pelancongan untuk orang ramai membawa keluarga berehat-rehat di sana.  Di sana juga terdapat suatu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan simpanan yang dinamakan " Sydney Harbour National Park " yang lautnya menghadap ke Lautan Pasifik .


WATSON BAY KAWASAN YANG DIPENUHI PELANCONG DI HUJUNG MINGGU

KAWASAN DI WATSON BAY YANG DIWARTAKAN SEBAGAI " SYDNEY HARBOUR NATIONAL PARK "

KAWASAN PANTAI YANG TERDAPAT CLIFF YANG LAUTNYA MENGHADAP KE LAUTAN PASIFIK.

    Terdapat pelbagai gelagat manusia di Circular Quey Sydney untuk mencari nafkah seperti persembahan musikal orang-orang asli Australia dan juga duduk di atas tiang yang tiada bangku.


KELIHATAN SEORANG ASLI AUSTRALIA SEDANG MENGENAKAN SOLEKAN SEBELUM PERSEMBAHAN

DUA ORANG LELAKI  ASLI AUSTRALIA SEDANG MEMPERSEMBAHKAN SESUATU YANG BERBENTUK MUSIKAL IAITU  GABUNGAN ALAT TRADISIONAL DAN TAMBURIN.

SEORANG AUSTRALIAN SEDANG DUDUK DI ATAS ANGIN DENGAN HANYA MEMEGANG SEBATANG TIANG

JIKALAU ANDA BERKUNJUNG KE SYDNEY, JANGAN LUPA MENIKMATI BURGER HUNGRY JACK YANG BESAR DAN MENGENYANGKAN. IANYA JUGA TERDAPAT DI LAIN-LAIN TEMPAT SEPERTI DI SYDNEY AIRPORT.
...............................................................................................................................

CENTRAL

    Dari Fairfield ke Central mengambil masa selama 1 jam dengan train. Apabila sampai penumpang hendaklah masuk ke dalam bangunan untuk mengambil light train ke Paddys Markets dan Fish Market yang terkenal di Sydney.
    Paddys Markets merupakan sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis cenderamata kepada pengunjung-pengunjung khususnya pelancong untuk dibawa pulang ke tanah air. Selain itu di dalam bangunan yang sama terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dan dan juga sayur-sayuran.
                                                                                 
SIGN-BOARD PADDYS MARKETS DI LALUAN MASUK

GERAI-GERAI YANG MENJUAL CENDERAMATA KEPADA PENGUNJUNG

      Selepas ke Paddys Markets, dengan menaiki light train semula, kita berpeluang pula pergi ke Fish Market yang menjual pelbagai jenis makanan laut yang telah dimasak seperti ikan, lobster, ketam dan lain-lain untuk dimakan di kawasan yang disediakan di tepi laut.

BAHAGIAN DALAM FISH MARKET YANG MEMPAMIRKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN LAUT YANG MENTAH ATAU TELAHPUN DIMASAK UNTUK DIPILIH OLEH PENGUNJUNG.

SETELAH MEMBELI BEBERAPA JENIS  SEA FOOD, PENGUNJUNG BOLEHLAH MENIKMATINYA DI MEJA-MEJA YANG DISEDIAKAN DI TEPI LAUT YANG SEJUK, BERANGIN DAN NYAMAN.


      Di Central terdapat suatu kawasan di tepi pantai yang dinamakan Darling Harbour. Di sinilah terdapat pelabagai jenis perahu layar milik persendirian.  Jambatan yang dilalui untuk ke sana dipenuhi dengan pelbagai jenis bendera yang berkibar ditiup angin kencang.  Terdapat Aquarium, Animal Park dan lain-lain tempat yang memerlukan tiket untuk masuk dan sesuai untuk keluarga membawa anak-anak mereka bercuti.

PEMANDANGAN YANG INDAH DI DARLING HARBOUR SYDNEY


LALUAN KE DARLING HARBOUR YANG DI TEPINYA DIPENUHI DENGAN PELBAGAI JENIS BENDERA.

SEBUAH SAILING BOAT YANG SEDANG BERLALU

     Di Darling Harbour, terdapat sebuah restoran rakyat Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis makanan orang Malaysia seperti nasi ayam, rendang, roti canai, nasi lemak, laksa dan lain-lain lagi. Setiap dua minggu sekali  pada hari Ahad, restoran ini membenarkan pengunjung menikmati makanan secara percuma. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di sana masuk menikmati makanan, pengunjung yang bukan Islampun dibenarkan makan bersama.

SATU-SATUNYA RESTORAN MALAYSIA YANG TERDAPAT DI KAWASAN DARLING HARBOUR.



..............................................................................................................................

                                                           CITY CENTRE

         Di City Centre terdapat satu mall yang dibina berdasarkan bentuk asal bangunan Queen Victoria di London dan dinamakan Queen Victoria Building Mall. Bentuknya sungguh unik dan menarik dan di dalamnya terdapat outlet-outlet yang menjual barangan yang berjenama tinggi dan mahal belaka .

QUEEN VICTORIA BUILDING MALL DI CITY CENTRE SYDNEY.
   ..................................................................................................................................
                                         
                                                          OLYMPIC PARK

           Merupakan suatu kawasan perbandaran yang bina khas mempunyai pelbagai kemudahan untuk menjalankan acara sukan Olympic yang diadakan di Sydney. Di sini terdapat sebuah stadium khas yang dinamakan ANZ Stadium.

ANZ STADIUM DI OLYMPIC PARK
 ...................................................................................................................................

                                              AUBURN DAN GUILDFORD

     Auburn dan Guildford adalah dua dari kawasan perbandaran yang mempunyai masjid untuk penduduk Islam Australia menunaikan solat.  Bandar Auburn mempunyai ramai penduduk yang berasal dari negara Turkey dan taskirah di masjidnya menggunakan bahasa Turkey sementara di Guildford pula, penduduknya lebih kepada pelarian yang beragama Islam dari negara Lebanon yang pernah mengalami perang saudara.


                                                     
BANDAR AUBURN YANG SERBA LENGKAP DAN MEMPUNYAI PENDUDUK YANG RAMAI.

MASJID BANDAR AUBURN YANG TERSERGAM INDAH DAN DAPAT DILIHAT DARI LALUAN KERETAPI



MASJID BANDAR GUILDFORD YANG BERBENTUK SEDERHANA DAN BERSIH DI DALAMNYA
...................................................................................................................................
                                                      
                                                           MERRYLAND


        Merupakan suatu kawasan perbandaran yang menempatkan sebuah gedung membeli belah yang dinamakan Stockland. Terletak tidak jauh dari Fairfield sama ada menaiki bas atau keretapi. Di dalam mall di Stockland terdapat sebuah outlet makanan yang dinamakan Oporto. Dimulakan oleh seorang pendatang berbangsa Portugis yang datang ke Australia pada ketika usia masih 14 tahun dan berjaya mewujudkan rangkaian makanan Oporto yang hanya terdapat di Australia sahaja.


PASAR RAYA DI MERRYLAND YAND DINAMAKAN STOCKLAND

OUTLET MAKANAN PORTUGIS YANG HANYA TERDAPAT DI AUSTRALIA SAHAJA.

..............................................................................................................................

PARRAMATTA

       Merupakan suatu kawasan perbandaran yang sangat sibuk. Di sini terdapat suatu shopping mall yang sangat besar dan canggih yang dikenali sebagai " Westfield ". Terdapat berbagai-bagai outlet makanan segera halal yang diusahakan oleh orang-orang Arab dan Turkey.


PARRAMATTA TERKENAL DENGAN SHOPPING MALLNYA YANG BERNAMA WESTFIELD
     Dari Parramatta dengan menaiki keretapi, perjalanan selama 2 jam, kita akan sampai ke Blue Mountain yang sangat popular di kalangan pelancong.  Pada suatu ketika dahulu, kawasan ini pernah diduduki oleh orang-orang asli Australia yang kemudiannya dipindahkan ke kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan.

PEMANDANGAN DI SEKITAR BLUE MOUNTAIN - CURAM ( CLIFF )

BLUE MOUNTAIN NATIONAL PARK - LALUAN BERTANGGA KE 3 SISTERS
..................................................................................................................................

                                            GEORGE RIVER NATIONAL PARK

    Merupakan kawasan sungai yang dijadikan kawasan simpanan untuk penduduk tempatan bermain ski-jet dan lain-lain permainan di air. Di sini terdapat puluhan itik liar, angsa, ibis,  parrots dan cockatoo berkeliaran tanpa diganggu oleh pengunjung-pengunjung.  Pengunjung boleh memancing di kawasan ini tanpa perlu mengambil permit. Jenis-jenis ikan yang biasa dipancing ialah Mallet, Bream, Whiting, Black Fish dan Ketam.

MEMANCING DI GEORGE RIVER NATIONAL PARK.
IKAN BREAM
IKAN MALLET ( BELANAK )
                George River mengalir ke banyak kawasan di Fairfield termasuklah di Lansvale, Cabramatta.  Di sekitar sungai terdapat banyak kawasan memancing seperti di Cerrybrook Creek dan sebagainya. Ikan-ikan yang kerap diperolehi samalah seperti di George River National Park. Jika anda memancing di kawasan creek di pendalaman, anda mungkin akan dapat ikan jenis carp selain dari yang dinyatakan.

TEMPAT MEMANCING DI CERRYBROOK, LANSVALE, CABRAMATTA YANG SANGAT POPULAR DI KALANGAN WARGA TEMPATAN.
SUATU PANDANGAN DI KAWASAN GEORGE RIVER YANG SANGAT INDAH DI LANSVALE, CABRAMATTA, FAIRFIELD.
........................................................................................................................................

                                                             PENUTUP

         Walaupun saya berada di sana selama sebulan, namun banyak lagi tempat-tempat menarik yang tidak sempat saya kunjungi. Ini adalah kerana Sydney adalah suatu bandaraya yang sangat luas dan sukar bagi seseorang melawat ke semua tempat.  Tempat-tempat menarik yang masih belum sempat saya kunjungi adalah King-Cross, Bondai Beach, Figure8pool, Zoo Di Torongga , Snowy Mountain dan lain-lain. Mungkin buat kali kedua saya akan berpeluang melawat tempat-tempat tersebut. Sekian terima kasih.