Sekapur Sirih,
Beberapa bulan yang lalu,
saya ada menerima beberapa soalan mengenai isu " Puteri Yang Hilang "
dari pembaca blog saya di bawah tajuk " Keturunan Yam Tuan Negeri
Sembilan " ( Dec 2012 ). Walaupun saya dibesarkan di Sri Menanti dan
mengetahui susur galur dan salasilah Yamtuan, ini tidak bermakna saya
juga mengetahui banyak perkara sulit dan rumit mengenai keluarga diraja.
Ditakdirkan Allah Subhana Wataala tergeraklah hati seorang pemuda
bernama Borhan yang tinggal di Singapura bertanyakan perihal yang sama
di dalam blog saya. Beberapa hari kemudian, beliau membuat panggilan
dari Singapura dan bermulalah hubungan yang baik di antara kami berdua.
Melalui Whatsapp beliau mula menceritakan segala apa yang
terpendam di lubuk hatinya kepada seseorang yang ingin mendengar dan
bersimpati mengenai segala yang diketahui mengenai keluarganya yang
akhirnya menjurus kepada isu " Puteri Yang Hilang ".
Segala
apa yang disampaikan oleh saudara Borhan dengan hati yang ikhlas dan
keringat yang ada, saya muatkan tajuk ini di dalam blog saya untuk
tatapan beliau atau sesiapa saja yang berminat dan ingin mengetahui
siapakah puteri Negeri Sembilan yang hilang itu dan apakah hubungannya
dengan saudara Borhan.
Salam Hormat Dari Saya
MIZAN BIN ISMAIL
|
08 MAC 2017 |
Jikalau anda pernah membaca blog saya di bawah tajuk "
Keturunan Yamtuan Negeri Sembilan " tentu anda akan menemui seorang
Yamtuan yang bernama Tuanku Muhammad Ibni Tengku Antah
( Yamtuan ke 7 - 1888 sehingga 1933 )
|
TUANKU MUHAMMAD DAN TENGKU PUAN CHIK
|
Di sinilah bermulanya penceritaan apabila atas
sebab yang tidak diketahui puteri baginda yang tidak diketahui nama
sehingga sekarang telah dilari dan disembunyikan oleh Tengku Laksamana
ke suatu tempat yang sukar dikesan oleh pihak istana Sri Menanti.
Berbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan lokasi puteri itu tetapi
tidak berhasil. Rayuan demi rayuan dibuat namun puteri itu tidak juga
ditemui.
Menurut saudara Borhan puteri itu disembunyikan di
Singapura dan diubah nama kepada YAM Cik ( mirip nama bondanya " Tengku
Puan Chik " . Bermula dari kehilangan puteri baginda maka arahan
dikeluarkan supayas segala peralatan dan kelengkapan puteri ini yang
masih tinggal di istana dibuang ke dalam sungai supaya tidak
meninggalkan apa-apa ingatan lagi. Atas sebab-sebab yang terlalu
berahsia, maka tidak kedapatan sebarang gambar puteri ini ketika
mudanya. Yang terdapat hanyalah dua keping gambar puteri ini yang telah
lanjut umurnya.
( Setelah disiasat sekian lama akhirnya saudara
Borhan menemui nama sebenar neneknya yang telah dirahsiakan
berpuluh-puluh tahun dari pengetahuan umum sebagai Tengku Yam Sukma atau
mungkin Tengku Yam Kesuma )
|
YAM CIK ( TENGKU YAM KESUMA ) |
|
YAM CIK ( TENGKU YAM KESUMA ) |
Apabila telah dewasa, YAM
Cik bertemu jodoh dengan seorang lelaki bangsawan keturunan raja-raja
Acheh yang bernama Cikgu Mat Ghanti. Beliau merupakan seorang yang
warak, mengajar al-Quran kepada anak-anak muridnya di Singapura ketika
itu. Walaupun menggelar dirinya sebagai Cikgu Mat Ghanti, murid-muridnya
tetap memanggilnya Pak Ungku / Tengku. Hanya terdapat dua keping
gambar yang memperlihatkan Cikgu Mat Ghanti di dalam koleksi keluarga
Baharom. Menurut cerita Cikgu Mat Ganti adalah dari keturunan Raja
Polem Acheh satu keturunan dengan Sultan Iskandar Mahkota Alam.
|
CIKGU MAT GHANTI BERGAMBAR BERSAMA RAJA MUDA PAGARUYUNG |
|
PERSAMAAN
RUPA CIKGU MAT GHANTI DENGAN PUTERI GAMBANG GADING ISTERI PERTAMA
SULTAN DAUD ACHEH. ( Apakah benar mereka adik-beradik ? Tengku Puteri
Gambang Gading dan Cikgu Mat Ghanti - diketahui kemudian sebagai Tengku
Mahmud. ) kedua-duanya berbapakan Tengku Pengeran Abdul Majid Acheh . |
Setelah sekian lama
berumah tangga, mereka berdua dikurniakan dua orang puteri. Seorang
bernama Habibah yang dijaga oleh datuk angkat Borhan ( Muhammad Bin
Hassan ). Oleh kerana mendapat layanan yang kurang memuaskan, datuk
sebenar Borhan iaitu Cikgu Mat Ghanti mengambil keputusan untuk
menyerahkannya kepada satu keluarga di Kedah untuk dibesarkan. Puteri
kedua mereka bernama Aisyah Binti Shaffie ( nama yang didaftar di dalam
kad pengenalan - bukan nama sebenar ) yang lahir pada tahun 1932 juga
dinamakan secara sulit sebagai Tengku Badariah Binti Tengku Mahmud (
Cikgu Mat Ghanti ) oleh anak-anak mereka. Apabila Aisyah dilahirkan,
YAM Cik sering berulang alik antara Singapura dan Negeri Sembilan.
Takala itulah puteri Aisyah diserahkan kepada sepasang keluarga
keturunan Boyan di Singapura. Mereka suka berpindah randah dan sukar
dikesan tempat tinggal terakhir. YAM Cik akhirnya bertemu semula dengan
keluarga tersebut dan Aisyah diserahkan semula kepada ibunya.
|
KELUARGA
BOYAN YANG DIAMANAHKAN MENJAGA DAN MEMBESARKAN AISYAH SEMASA KETIADAAN
YAM CIK YANG BERULANG ALIK DARI SINGAPURA KE NEGERI SEMBILAN
|
Menurut saudara Borhan, semasa dia berumur 15
tahun, datuk angkatnya ada menyerahkan sekeping gambar pemuda yang
bernama Jaafar yang masih tidak diketahui dimana dia berada sekarang.
Borhan diberitahu bahawa pemuda itu adalah abang kepada ibunya Aishah (
tiada sebarang rujukan sama ada berada di Acheh, Malaysia atau Singapura
)
Berita tentang Aisyah
yang telah remaja akhirnya kedengaran di istana Sri Menanti lalu diutus
beberapa orang untuk pergi menyiasat dan membawa pulang cucu Tengku
Muhammad itu untuk dibesarkan di sini ( NS ). Segala usaha dilakukan
supaya Aisyah tidak dapat dibawa pulang oleh datuk angkat Borhan yang
bernama Muhammad Bin Hassan. Datuk angkat kepada Borhan ini telah
melakukan sedaya upaya untuk mengelak Aisyah daripada dibawa pulang ke
Sri Menanti dengan menyembunyikannya di Istana Sultan Abu Bakar di
Tarysal kebun bunga Singapura. Kerana wajahnya yang rupawan, Aisyah
pernah dipinang oleh kerabat diraja Johor dan juga hartawan emas di
Singapura. Kedua-duanya ditolak oleh datuk angkat Borhan. Aisyah
akhirnya bertemu jodoh dengan seorang pemuda yang bernama Muhammad
Yusoff keturunan Gujerat atas restu dan pilihan datuk angkat Borhan.
|
AISYAH KETIKA MUDANYA |
|
WAJAH AISYAH YANG MENJADI REBUTAN KAUM KERABAT SULTAN JOHOR |
|
BERTEMU
JODOH DENGAN MUHAMMAD YUSOFF DAN DIKURNIKAN SEMBILAN CAHAYA MATA ( AYAH
MUHAMMAD YUSOFF ADALAH DARI KETURUNAN GUJERAT SEMENTARA IBUNYA
KETURUNAN MELAYU ) SAUDARA BORHAN ADALAH ANAK YANG KE LIMA |
Setelah sekian lama
Cikgu Mat Ghantipun meninggal dunia. Berita kematiannya kedengaran di
Sri Menanti dan semenjak itu tiada apa-apa usaha dilakukan untuk membawa
pulang mereka lagi. Patah tumbuh hilang berganti, akhirnya YAM Cik
bertemu jodoh sekali lagi dengan sahabat datuk angkat Borhan yang
bernama Mahadi seorang pemandu teksi di Singapura. Mereka dikurniakan
lima orang cahaya mata. Tahun-tahun selepas itu YAM Cik jatuh sakit dan
meninggal dunia pada 22hb. Jun. 1998 dan dikebumikan di suatu kawasan di
Singapura yang sangat dirahsiakan oleh keluarga Borhan sehinggalah
sekarang.
|
NAMA YANG DIGUNAKAN AGAK BERLAINAN DENGAN NAMA YANG DIKENALI OLEH KAUM KERABAT MEREKA.
|
Semasa hayatnya YAM Cik tinggal di suatu
rumah besar berhampiran Polo Club Singapura. Apabila kerajaan Singapura
mengambil keputusan untuk membina " highway " di atas tanah mereka, YAM
Cik berpindah pula ke Kuarter Polis Singapura yang mempunyai 10 bilik
dan mereka bukanlah dari golongan yang susah. Menurut Borhan, datuknya
selalu membawa Aishah bersiar-siar di Polo Club itu untuk bertemu dengan
rakan-rakan karibnya dari orang-orang yang ternama.
Dari keterangan yang diberi, dari mula lagi kita mendapati
bahawa saudara Borhan bukanlah orang asing lagi. Darah yang mengalir di
tubuhnya adalah darah dari keturunan Yamtuan Negeri Sembilan. Dengan
lain perkataan Borhan adalah cicit kepada Tengku Muhammad dan piut
kepada Yamtuan Antah kerana neneknya YAM Cik adalah satu-satunya anak
kepada pasangan Tuanku Muhammad dengan Tengku Ampuan Chik. Beliau adalah
bekas Senior Staff Angkatan Polis Laut Singapura dan sekarang bekerja
sebagai Seimiologist .
|
SANAK
SAUDARA KEDUA BELAH PIHAK BERKUMPUL DI HADAPAN RUMAH TUANKU RAJA YUSOFF
DI ACHEH SEBELUM BERANGKAT KE MAKAM ALMARHUM DAUD SHAH DI ACHEH.
( 2011 ) |
|
MEREKA BERGAMBAR DI PUSARA SULTAN ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM ACHEH
( 2011 ) |
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam terkenal sebagai penakluk agung
semasa peperangan tiga segi di antara Melaka ( Portugis ), Acheh dan
Kerajaan Melayu Johor . Pernah mengalahkan Johor dalam satu perperangan
dan membawa pulang Sultan Abdul Jalil dan Bendahara Tun Sri Lanang ke
Acheh sebagai tawanan perang. Sultan dijadikan pengembala ayam sementara
bendahara diangkat sebagai pendita. Makam Tun Sri Lanang terdapat di
Bukit Sarikit 25KM dari Sheikh Kuala ( hujung tanjung pekan Acheh )
|
SULTAN ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM ACHEH |
|
SALAH SEORANG ADIK BORHAN YANG MEMPUNYAI KEMIRIPAN WAJAH DENGAN SULTAN ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM ACHEH ( TENGAH BAJU HITAM ) |
Terdapat dua jenis
batu cincin yang mempunyai talian rapat dengan keturunan Yamtuan Sri
Menanti dan susur galur raja-raja Acheh yang dimiliki oleh keluarga ini.
Merupakan batu barakah dan keramat yang tidak boleh dipindah milik
kepada sesiapa justru mengundang bala dan bencana.
|
CINCIN
MERAH INI ADALAH MILIK YAMTUAN ANTAH DAN DITURUNKAN KEPADA TENGKU
AMPAUN CHIK DAN AKHIRNYA KEPADA YAM CIK ( NENEK BORHAN ) |
|
CINCIN HIJAU INI PULA ADALAH PUSAKA KESULTANAN MELAYU ACHEH YANG DIWARISI OLEH DATUK BORHAN CIKGU MAT GHANTI |
Rujuk: Borhan Bin Muhammad Yusoff
Segala maklumat dan gambar diperolehi dari saudara Borhan.
Penerbitan maklumat ini telah mendapat restu dan izin daripadanya.
Sebarang pembetualan fakta akan dilakukan dari masa ke semasa
jikalau ada.
Sekian, terima kasih,
MIZAN BIN ISMAIL
08 MAC 2017