Monday, 31 December 2012

Keturunan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti / Negeri Sembilan


   Kesemua sembilan Datuk Luak bersetuju untuk mendapatkan seorang anak raja dari Pagaruyong untuk dinobatkan di Negeri Sembilan kerana Sultan Abdul Jalil Ibni Bendahara Tun Habib yang memerintah Johor ketika itu menghadapi masalah dengan Belanda dan  ancaman Daeng Kemboja raja Bugis yang inginkan wilayahnya khususnya Negeri Sembilan. Kedudukan Negeri Sembilan ketika itu diumpamakan seperti berikut. " Berajakan Johor, Bertalikan Siak dan Bertuankan Pagaruyong ".  Menurut cerita usaha untuk mencari calon telah bermula semenjak tahun 1760.  Difahamkan lima orang wakil atau anak raja telah dinobatkan di Rembau. Kesemuanya tidak layak kerana apabila disembah mereka  semua mengalami cirit-birit. Itulah sebabnya kenapa Kg. Istana Raja tempat mereka bersemayam sehingga kini dinamakan Pekan Penajis. (  tidak dapat disahkan kebenarannya )
        Ada yang mengatakan pada tahun 1770 satu rombongan untuk menjemput anak raja  Sultan Abdul Jalil yang memerintah Pagaruyong yang bernama Raja Mahmud dijalankan oleh Panglima Bandan dan Panglima Bandot.  Sebelum itu seorang anak raja yang bernama Raja Khatib telah dihantar terlebih dahulu untuk memastikan keadaan dan telah menyeleweng dengan mengaku sebagai anak raja yang sebenar, lalu ditabalkan di Sri Menanti oleh Penghulu Na’am dan dikahwinkan dengan puterinya Dang Anum.
      Setelah  Raja Melewar sampai dan ditabalkan di Kg. Istana Raja, Rembau, baginda menyediakan angkatan perang untuk berangkat memerangi Raja Khatib dan Penghulu Na’am di Sri Menanti yang akhirnya tewas lalu Raja Khatib diserahkan kepada Raja Siak.

Salam hormat dari penyusun,
         
.................................................................................................................................... 
( 1st.) Tuanku Mahmud Shah Ibni Sultan Abdul Jalil atau Raja Melewar (1773 – 1795) berkahwin dengan Cik Sani
1.      Tengku Totok
2.      Tunku Aishah
·           Apabila baginda dibunuh oleh Luak Biduanda Rembau pada 1795 maka anaknya Tengku Totok tidak dilantik sebagai Yang Dipertuan.  Sebaliknya dijemput anak raja yang ke dua dari Pagaruyong iaitu Raja Hitam.

YAMTUAN SERI MENANTI YANG PERTAMA - RAJA MELEWAR ( 1773 - 1795 )
..................................................................................................................................
( 2nd. )  Raja Hitam (1795 - 1808 )  Tunku Aishah ( Puteri Melewar )
·          Perkahwinannya dengan Tunku Aishah tidak dikurniakan cahaya mata.

2nd. Raja Hitam berkahwin dengan Cik Jingka
1.      Tengku Husin
2.      Tunku Ngah*
3.      Tengku Ibrahim
4.      Tengku Alwi

·         Entah atas sebab apakah tidak seorangpun dari putera-putera  baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar, maka satu lagi rombongan dihantar ke Pagaruyong untuk memohon seorang putera raja untuk kerajaan di Seri Menanti. Maka sampailah seorang yang bernama Raja Lenggang atau Melenggang. Baginda merupakan raja yang ke tiga dan yang terakhir dibawa masuk dari Sumatra.
.......................................................................................................................................
( 3rd.) Raja Lenggang ( 1808 – 1824 )+ Tunku Ngah ( puteri Raja Hitam )
1.      Tengku Radin
2.      Tengku Imam

.....................................................................................................................................
4th.)  Tuanku Radin Ibni Raja Lenggang( 1824 - 1861 ) + Tunku Ampuan Intan
·          Tuanku Radin mempunyai 6  orang isteri dan 14  orang putera dan puteri dan  di antaranya ialah
1.      Tengku Besar Daud
2.      Tengku Besar Lintau
3.      Tuanku Antah
4.      Tunku Muda Chik

·         Tuanku Radin merupakan anak raja kelahiran Negeri Sembilan yang pertama menjadi Yang Dipertuan Besar dan diangkat oleh Undang Yang Empat dan Pemegang Adat secara rasmi.
·         Terdapat seorang yang bernama Tengku Ma’arom yang tinggal di Kg. Parit,  Kuala Pilah  menyatakan ianya sebagai cicit kepada Tengku Besar Lintau ie Tunku Ma’arom binti Tengku Halim bin Tengku Hamid bin  Tengku  Besar Lintau.
......................................................................................................................................
( 5th.) Tuanku Imam Ibni Raja Lenggang(  1861 – 1869 ) + Cik Normah
·          Menggantikan abangnya sebagai Yang Dipertuan Besar dan mempunyai 6 orang putera / puteri
1.      Tengku Ahmad Tunggal
2.      Tengku Cindai
3.      Tengku Ulin
4.      Tengku Alam
5.      Tengku Jumaat
6.      Tengku Maadin

ISTANA AMPANG TINGGI YANG DIBINA PADA 1865 OLEH YAMTUAN IMAM SEBAGAI  HADIAH PERKAHWINAN DI ANTARA PUTERANYA TENGKU CHINDAI DENGAN TUNKU MUDA CHIK. ISTANA INI JUGA MENJADI ISTANA HINGGAP KEPADA TUANKU MUHAMMAD APABILA BAGINDA MENGAWINI TUNKU HALIJAH ( ISTERI  KEDUA / SEPUPU  ) . ISTANA INI TELAH DIPINDAHKAN KE KOMPLEK MUZIUM NEGERI SEMBILAN DI SEREMBAN DARI TEMPAT ASALNYA DI AMPANG TINGGI KUALA PILAH.


·         Tunku Muda Chik anak Yam Tuan Radin dikahwinkan dengan Tengku Chindai anak Yam Tuan Iman bererti kawin sepupu dan ayahanda mereka berbesan adik-beradik.
    
 Tuanku Ampuan Intan ( 1869 – 1872 ) - sebagai pemangku sahaja
·         Merupakan balu kepada Yam Tuan Radin, memegang jawatan pemangku selama 3 tahun kerana terdapat masalah dalam perlantikan Yam Tuan yang baru. Tuanku Ampuan Intan  dicadangkan sebagai pemangku oleh Datuk Kahar yang  lebih dikenali sebagai Datuk Siamang Gagap.


DATUK KAHAR ATAU DATUK SIAMANG GAGAP YANG MEMBANTU TUANKU ANTAH MENENTANG SUNGAI UJONG YANG DISOKONG OLEH BRITISH PADA 1875

...........................................................................................................                       
( 6th.)  Tuanku  Antah Ibni Tuanku Radin( 1872 – 1888 )+ Tunku Chik
1.      Tuanku Muhamad
2.      Tengku Besar Burhanudin
3.      Tengku Sulaiman Uban
4.      Tengku Kahar
5.      Tunku Puteri Aishah ( moyang  kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin  )
6.      Tunku Dara ( bondanya Baba Melaka )

·         Apabila Tuanku Antah dilantik sebagai Yam Tuan, sepupunya Tengku Ahmad Tunggal tidak berpuas hati lalu memberontak dengan berpihak kepada Sungai Ujong untuk memerangi Sri Menanti. Inilah yang dinamakan  "Perang Bukit Putus ".


YAM TUAN KE ENAM SERI MENANTI - TUANKU ANTAH IBNI TUNKU RADIN ( 1872 - 1888 )



.....................................................................................................................................
( 7th. )  Tuanku Muhamad Ibni Tuanku Antah( 1888 – 1933 ) berkahwin dengan Tunku Puan Chik
1.      Tengku Abd. Aziz
2.      Tengku Abd. Rahman
( sila rujuk " Misteri Puteri Yang Hilang " -  24 April 2017 )
7th. Tuanku Muhamad berkahwin dengan Tunku Halijah ( cucu kpd Yamtuan Radin dan Imam )
1.      Tengku Laksamana Nasir
2.      Tengku Muhamad Alam Shah ( kurang upaya )

·         Baginda mempunyai 2 orang isteri dan 4 orang putera kesemuanya.




YAMTUAN KE TUJUH NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUHAMMAD IBNI TUANKU ANTAH (  1888- 1933 )



ISTANA LAMA SERI MENANTI DIBINA OLEH TUANKU MUHAMMAD BAGI MENGGANTIKAN ISTANA PUTIH YANG DIMUSNAHKAN OLEH INGGERIS SEMASA PERANG SERI MENANTI  SUNGAI UJONG ( 1875 ). DI BINA PADA TAHUN 1902 DAN SIAP PADA 1908 DAN TELAH DIDUDUKI OLEH YAMTUAN SEHINGGA 1931 SEBELUM BERPINDAH KE ISTANA BARU  PADA 14 JULAI 1992. IANYA DIJADIKAN MUZIUM DIRAJA OLEH TUANKU JAAFAR.
..


ISTANA BESAR  SERI MENANTI ( ISTANA RASMI ) MULA DIDUDUKI OLEH TUANKU MUHAMMAD PADA 1932 DAN DITERUSKAN OLEH YAMTUAN YANG BERIKUTNYA  SEHINGGALAH SEKARANG.


ISTANA HINGGAP YAM TUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DI SEREMBAN.



                    ..........................................................................................                                                         

 (Tengku Besar Burhanudin Ibni Tuanku Antah – adinda Tuanku Muhammad )
a.      Tengku Besar Burhanudin berkahwin dengan  Tunku Puan Chik
1.      Tunku Kurshiah* ( berkahwin dengan sepupunya Tengku Abdul Rahman )
2.      Tunku Hamidah
3.      Tunku Durah* ( berkahwin dengan anak buahnya Tengku Munawir )
4.      Tengku Mustafa
5.      Tengku Mat Sultan
6.      Tengku Daud
7.      Tengku Adenan
8.      Tengku Mahmud
9.      Tengku Ap

b.      Tengku Besar Burhanudin berkahwin dengan Cik Lijah
1.      Tunku Ribah
2.      Tengku Mat Jamil
3.      Tunku Dayah
4.      Tunku Najihah* ( berkahwin dengan anak buahnya Tengku Jaafar )
5.      Tengku Mat Bob
                            
*          Tengku Besar Burhanudin ialah adinda Tuanku Muhamad mempunyai 2 orang isteri iaitu Tunku Puan Chik dan Cik Lijah.
*          Perhatikan 3 orang puterinya menjadi Tunku Ampuan Negeri Sembilan bermula dengan Tunku Kurshiah,  Tunku Durah  dan Tunku Najihah
*          Cik Lijah ibu kepada Tunku Ampuan Najihah ialah orang gaji Tengku Besar Burhanudin yang akhirnya menjadi isteri kedua beliau dan sahabat karib kepada moyang saya iaitu Inah. *

*Setiap hujung minggu beliau akan ke Kg. Tg. Beringin* untuk mendapatkan ubi kayu untuk dibuat tapai dan lain-lain pucuk kayu kegemarannya.   Berasal dari Kuala Selangor dan adalah wanita  keturunan Jawa*. Rajin ke sawah dan suka memungut  sandar* sejenis tumbuhan di sawah untuk dibuat gulai. Tunku Najihah ketika menjadi Tunku Ampuan, masih suka bertanya di manakah beliau boleh mendapatkan gulai sandar, cendawan kukur dan pucuk cemperai kerana sudah biasa dengan masakan bondanya ketika kecil.
TENGKU BESAR BURHANUDIN ADINDA KEPADA TUANKU MUHAMMAD

..........................................................................................................................................
( 8th.) Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhamad ( 03/08/1933 – 01/04/ 1960 ) berkahwin dengan  Cik Maimunah ( bangsa nasrani - jururawat )
1.      Tunku Aida
2.      Tuanku Jaafar*
3.      Tengku Abdullah
4.      Tunku Nazilah

8th.Tuanku Abdul Rahman berkahwin dengan Tunku Maharun ( bonda Tunku Tek / Tunku Jemiah Binti Tengku Tunggal )
1.      Tuanku Munawir*

8th. Tuanku Abdul Rahman berkahwin dengan Tunku Kurshiah ( sepupunya )
1.      Tunku Zaidah
2.      Tunku Bahiah*
3.      Tunku Shariah
4.      ………………..
·          Tunku Bahiah  berkahwin dengan Tuanku Abd. Halim Sultan Kedah



YAMTUAN KE LAPAN NEGERI SEMBILAN - TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD
( 1933 - 1960 )
.....................................................................................................................................

( 9th.) Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman ( 05/04/1960 – 14/04/1967 ) berkahwin dengan Tunku Ampuan Durah ( emak saudaranya )
1.      Tengku Mukhris*
2.      Tunku Puteri Munawirah
3.      Tunku Mudziah
4.      Tunku Deborah
5.  Tunku Deannah
6.  Tunku Ann Dakhlah


YAMTUAN KE SEMBILAN NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUNAWIR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN
 ( 1960 -1967 )
..................................................................................................................................
                                                          INFORMASI
·         Perhatikan Tuanku Abdul Rahman ( ayah ) mengawini sepupunya Tunku Kurshiah sementara puteranya Tuanku Munawir mengawini emak saudaranya Tunku Durah. Kedua-duanya  Tunku Ampuan  tersebut adalah anak kepada Tengku Besar Burhanudin adinda kepada Tuanku Abdul Rahman sendiri.

....................................................................................................................................
( 10th.)   Tuanku Jaafar Ibni Tuanku Abd Rahman ( 18/04/1967 – 27/12/2009 ) berkahwin dengan Tunku Najihah ( emak saudara )
1.      Tengku Naquiyuddin
2.      Tengku Imran
3.      Tengku Nadzarudin
4.      Tunku Dara
5.      Tunku Jawahir
6.      Tunku Puteri

YAMTUAN KE SEPULUH NEGERI SEMBILAN  - TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN
 ( 1967 - 2009 )
.................................................................................................................................
                                                    INFORMASI
·         Dato Undang yang empat tidak melantik seorangpun dari putera-putera Tuanku Ja’afar sebaliknya lebih memihak kepada Tuanku Muhriz putera Tuanku Munawir kerana kedua ibubapanya adalah keturunan raja yang tulin*. Lagipun ketika Tuanku Ja’afar menaiki tahta, Tuanku Muhriz baru berusia 18 tahun.
·         Seperti adinda baginda Tuanku Munawir, Tuanku Jaafar juga mengawini emak saudaranya iaitu Tunku Ampuan Najihah puteri kepada Tengku Besar Burhanudin.

..................................................................................................................................
 11th.  Tuanku Muhriz Ibni Almarhun Tuanku Munawir berkahwin dengan Tunku Aishah Rohani.
1.      Tengku Ali Redhauddin Muhriz *
2.      Tengku Zain Al’Abidin Muhriz
3.      Tengku Aliff Hussein Saifuddin Al’Amin ( mangkat pada usia 32 tahun )

YAMTUAN KE SEBELAS NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUHRIS IBNI TUANKU MUNAWIR ( SEKARANG )

..........................................................................................................................................                                                         INFORMASI *       .
  Tuanku Muhriz adalah anak buah kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin b. Tengku Othman ( Ungku Adik ) kerana Tengku Othman dan Tunku Mahrun ( bonda Tuanku Munawir ) adalah adik-beradik . Mereka berdua adalah putera puteri kepada Tunku Puteri Aisyah puteri kepada Yam Tuan Antah 
*          Tengku Dato' Seri Hasmuddin adalah raja keturunan suku Sri Melenggang Tg. Beringin perut Sri Menanti ( mengikut nisab ibunya ) kerana ayahanda  beliau berkahwin di sana.

..........................................................................................................................................
TENGKU BESAR SERI MENANTI - TENGKU ALI REDHAUDDIN IBNI TENGKU MUHRIS. *
DILANTIK PADA 22 FEBRUARI 2009

KELUARGA TENGKU MUHRIZ. TENGKU ALI, YAMTUAN, TENGKU AMPUAN DAN TENGKU ZAIN.
PUTERA YG KETIGA TENGKU HUSSEIN TIADA DALAM GAMBAR.





PUTERA YANG BONGSU TUANKU MUHRIS TENGKU
HUSSEIN SAIFUDDIN AL'AMIN KEMBALI KE RAHMATULLAH JAM 12.45 TENGAHARI PADA 15 JANUARI 2016
 ( JUMAAT )

...............................................................................................................................................................
( 1 )       Sembilan suku Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dikelaskan kepada dua luak

a.      Luak Lima Puloh Kota
1.      Paya Kumbuh
2.      Seri Lemak
3.      Mungkal
4.      Batu Belang
5.      Batu Hampar
6.      Seri Melenggang

b.      Luak Agam
1.      Tanah Datar
2.      Tiga Batu
3.      Tiga Nenek

                                                              
( 2 )      Di istana terdapat 3 tingkat gelaran  darjat bagi  anak-anak kepada raja yang memerintah.

a.      Putera Yang Empat
1.      Tengku Besar
2.      Tengku Laksamana
3.      Tengku Muda Serting
4.      Tengku Panglima Besar

b.      Anak-Anak Raja Bergelar
1.      Tengku Iman
2.      Tengku Alang
3.      Tengku Besar Kecil
4.      Tengku Kecil Muda

c.       Puteri Yang Dua
1.      Tengku Puteri
2.      Tengku Dara
    
( 3 )   Lima Suku Yang Termasuk Dalam Kawasan Adat Lingkungan Istana Iaitu
1.      Batu Hampar
2.      Tanah Datar
3.      Tiga Batu
4.      Sri Lemak Minangkabau
5.      Sri Lemak Pahang

.........................................................................................................................................  

 Kesemua suku ini diwakili oleh datuk masing-masing yang menjalankan pentadbiran di istana
  dengan gelaran yang diberi. ( empat yang awal adalah Tiang Balai )

1.      Batu Hampar ( Sri Menanti dan Sungai Layang )
a.      Datuk Raja Dewangsa
b.      Datuk Sri Amar Diraja

2.      Tanah Datar
a.      Datuk Penghulu Dagang
b.      Datuk Akhir Zaman                                                                   

3.      Tiga Batu
a.      Datuk Besar                                                                    

4.      Sri Lemak Minangkabau
a.      Datuk Bangau                                         

5.      Sri Lemak Pahang
a.      Datuk Andatar Lembaga                                                

1.      Gelaran Buapak
a.      Kampong Buyau ialah Datuk Panglima Jaya
b.      Kampong Tanjong Beringin ialah Datuk Panglima Garang
                                          
.....................................................................................................................................

                Sejarah 4 Peringkat Kedatangan Orang Minangkabau Ke NS
                ......................................................................................................

1.      Rombongan Pertama
Datuk Raja dan isteri Tok Seri datang dari Minangkabau  ke Siak , kemudian ke Johor dan terus ke Naning dan akhirnya ke Rembau. Dari sana ke suatu tempat yang bernama Londa Naga dan sekarang disebut orang sebagai Kampong Galau      

2.      Rombongan Ke Dua
Datuk Bandaro Penghulu Alam dari Sungai Tarab, Sumatra, datang ke sini dan menetap di tempat bernama Sungai Layang

3.      Rombongan Ke Tiga
Datuk Makudum Sati  di Sumanik dari Batu Sangkar bersama Sultan Sumatik dan Johan Kebesaran sebelum datang ke sini terus ke Siak, kemudian ke Melaka, kemudian  ke Rembau dan akhir ke Perkampungan Tanjung Alam yang sekarang dikenali sebagai Gunung Pasir         

4.      Rombongan Ke Empat
Datang dari Seri Lemak Payakumbuh dan diketuai oleh Datuk Putih dan terus ke Rembau.   Suku Batu Hampar dan Mungkal diketuai oleh Datuk Lelo Balang sementara suku Tiga Nenek diketuai oleh Datuk Laut. Kesemuanya datang lalu menetap di Rembau ( Datuk Putih memberi nama kepada Seri Menanti ketika membukanya menemui 10 tangkai padi di hutan )
........................................................................................................................................
Sebarang Pembetulan Fakta Dialu-alukan. Terima Kasih.

    Mizan Bin Ismail 
        013-2495097
sofia_h004@yahoo.com




                                                                                                                                           ..........................................................................................................................................