Kami bertujuh dari 3 keluarga mula berkumpul di Station Keretapi Seremban mulai jam 7.30 pagi bagi menunggu ketibaan keretapi laju ( ETS ) yang akan tiba di platform 2 tepat jam 8.45 pagi.
KTM menawarkan 2 jenis package perjalanan ETS dari selatan menuju ke utara iaitu Gold dan Platinum yang boleh diperolehi dengan harga yang berlainan.
|
KERETAPI LAJU ETS DARI SELATAN KE UTARA |
|
PLATFORM 2 SEREMBAN |
Tepat jam 3.30 petang keretapi yang kami naiki tiba di Arau Perlis dan kami disambut oleh kakitangan agensi pelancongan yang membawa kami ke Motel Tok Mek kepunyaan En. Anuar selaku pengarah dan pemilik agensi pelancongan di Beseri Perlis.
|
MOTEL TOK MEK DI BESERI PERLIS UNTUK KAMI BERMALAM PADA HARI PERTAMA LAWATAN |
Kami sempat makan tengahari walaupun waktu agak lewat sedikit di Restoran Tok Mek milik agensi pelancongan tersebut yang menyediakan pelbagai jenis makanan kampung yang sungguh menyelerakan.
|
RESTORAN TOK MEK DI BESERI PERLIS MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS MASAKAN KAMPUNG. |
Pada sebelah malamnya pula selepas solat Maghrib, kami dibawa pula untuk makan malam di Restoran Api-Api di Kuala Perlis yang menyediakan masakan panas ala Thai dari berbagai jenis makanan laut. Selepas makan malam, kami berehat di Motel Tok Mek sementara menanti waktu pagi keesokan harinya untuk memasuki negeri Thai.
|
RESTORAN MASAKAN THAI API-API DI KUALA PERLIS. |
Pada hari kedua 14 Nov. sebelum menuju ke Thailand kami dibawa untuk sarapan di suatu tempat di Beseri yang tidak jauh dari Universiti Perlis. Salah satu menu sarapan ialah Roti Doll yang telah tular di FB kerana keenakan dan kelainan dari roti-roti biasa.
|
SALAH SEORANG PESERTA BERGAMBAR DI HADAPAN RESTORAN. |
|
ROTI DOLL YANG TULAR DAN MENJADI KEGEMARAN PENGUNJUNG |
Selesai sarapan kami dibawa dengan van menuju ke kawasan tanah tinggi bernama Kaki Bukit sebelum sampai ke Wang Kelian iaitu sempadan Malaysia Thai yang terdapat pejabat Imigresen untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke pejabat Imigresen Thai untuk pemeriksaan selanjutnya.
|
PEJABAT IMIGRESEN DI SEBELAH THAI |
Dari sini perjalanan bermula untuk menuju ke Songkhla melalui jalan-jalan yang berliku dan berbukit sekitar 8 km sebelum masuk ke kawasan Satun Thailand dalam perjalanan ke sana. Sebelum ke Songkhla, kami sempat singgah di Pelabuhan Malang yang merupakan satu-satunya pelabuhan di Thailand yang membawa pelancung Thai ke Langkawi.
|
PELABUHAN TRANSIT PELANCUNG THAI KE LANGKAWI DI MALANG |
Selepas melawat Pelabuhan Malang, kami dibawa pula ke kawasan pantai Tanjung Pauh yang bersih dan nyaman untuk makan tengahari. Di sini terdapat suatu tempat makan yang diberi nama " Warung Pak Tam ". Pelbagai jenis masakan Thai yang menyelerakan dapat dinikmati di sini.
|
WARUNG PAK TAM DI TANJUNG PAUH |
|
PANTAI TANJUNG PAUH YANG TERDAPAT DERETAN KEDAI-KEDAI MAKAN |
|
TUJUH DARI TIGA KELUARGA MENIKMATI MAKAN TENGAHARI DI WARUNG PAK TAM |
Selepas makan tengahari rombongan dibawa melawat tugu Songkhla Old Town, kemudian ke Samila Beach di Songkhla juga yang terkenal dengan patung ikan duyung dan air pancut dari mulut naga.
|
SONGKHLA OLD TOWN |
|
PATUNG IKAN DUYUNG DI SAMILA BEACH SONGKHLA |
|
AIR PANCUT DARI MULUT NAGA DI SAMILA BEACH SONGKHLA |
Selesai melawat sekitar Songkhla, kamipun dihantar untuk check-in di Hotel Regency di tengah-tengah bandar Hatyai yang menjadi tumpuan para pelancung dari pagi sehinggalah ke malam.
|
HOTEL REGENCY HATYAI TEMPAT KAMI MENGINAP SELAMA 2 MALAM |
|
BAHAGIAN LOBBY HOTEL YANG LUAS, BERSIH DAN INDAH. |
Selepas maghrib pada hari kedua, kami dibawa pula untuk makan malam di Klonghair Seafood Restorant yang menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang berkualiti dengan bayaran 28.00 ringgit tiap seorang. Pengunjung boleh memilih apa saja makanan laut yang boleh digrill atau disteam-boat sendiri dan boleh dimakan berjam-jam lamanya selagi terdaya.
|
KLONGHAIR SEAFOOD RESTAURANT DI HATYAI YANG MENAWARKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN LAUT |
|
MENIKMATI IKAN, UDANG, KETAM, KEPAH DAN SOTONG MENGIKUT YANG TERMAMPU MAKAN DI KLONGHAIR SEAFOOD RESTAURANT HATYAI. |
Pada hari ke tiga 15 hb. Nov, kami bersarapan di Dim Sum Chabura yang menyediakan makanan jenis dimsum yang sangat digemari oleh orang-orang Jepun, Cina dan Korea di negara masing-masing. Bagi yang tidak biasa bolehlah memesan makanan-makanan yang lain.
|
RESTORAN DIM SUM CHABURA DI HATYAI YANG MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN ALA DIMSUM |
|
SAYA MENGAMBIL 4 JENIS DIM SUM UNTUK SARAPAN SEMENTARA YANG LAIN MENIKMATI LAIN-LAIN JENIS MAKANAN. |
Selepas sarapan kami dibawa pula menuju Chang Puak Camp iaitu taman yang menempatkan gajah-gajah dan juga buaya sebagai daya tarikan pelancongan di Thailand. Seseorang pelancong boleh menaiki gajah yang diselia dan dikawal oleh pengemudi yang terlatih dengan bayaran sebanyak 50.00 ringgit Malaysia untuk satu perjalanan.
|
SACTUARI GAJAH DAN BUAYA DI HATYAI SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN. |
|
TIGA IBU DARI TIGA KELUARGA BERGAMBAR DI TEPI KANDANG ANAK-ANAK GAJAH. |
|
ANAK-ANAK GAJAH YANG DIRANTAI DI DALAM KANDANG SEBAGAI TONTONAN PENGUNJUNG. |
|
SEEKOR GAJAH DEWASA YANG DILATIH KHAS UNTUK MEMBAWA PARA PELANCONG YANG BERMINAT. |
Program seterusnya ialah melawat kawasan pergunungan yang dinamakan " Khohom ". Di sini terdapat kuil Buddha yang mahsyur kerana terdapat sebuah patong Buddha yang sangat besar berdiri tegak di tengah-tengah kuil.
Selain itu di sini juga para pelancong dapat melihat pemandangan seluruh bandar Hatyai dari udara dengan menaiki kereta kabel.
Di sekitar kuil ini terdapat sejenis pokok yang dianggap suci oleh penganut agama Buddha yang dinamakan " Cannon- Ball Tree " khabarnya tumbuh dengan banyak di India. Di bawah pokok inilah dkatakan Gautama Buddha pernah bertapa.
|
KUIL DI ATAS BUKIT KHOHOM DI HATYAI DENGAN SEBUAH PATONG BUDDHA DI TENGAH-TENGAHNYA. |
|
KERETA KABEL UNTUK PARA PELANCONG YANG BERMINAT UNTUK MELIHAT PERMANDANGAN HATYAI DARI ATAS |
|
POKOK CANNON-BALL YANG TUMBUH DI SEKITAR KUIL DI ATAS BUKIT KHOHOM |
Program seterusnya ialah melawat " Big Bee Garden " yang mempamirkan dan menjual pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh lebah madu. Selepas mendengar taklimat, ada di antara kami yang tertarik untuk membeli beberapa produk di sini.
|
SEBUAH BANGUNAN YANG MENJUAL PELBAGAI JENIS PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH LEBAH MADU. |
|
SEPASANG REPLIKA LEBAH MADU DI TEPI BANGUNAN. |
Selepas lawatan kami dibawa pula untuk makan tengahari di sebuah restoran Islam yang bernama " Khai Tod Decha " yang bermaksud ayam goreng kunyit. Di sini terdapat pelbagai menu masakan Thai yang sangat menyelerakan .
|
PERMANDANGAN RESTORAN KHAI TOD DECHA DARI JALAN RAYA. |
|
BAHAGIAN DALAM RESTORAN YANG MEMPAMIRKAN UCAPAN-UCAPAN TAHNIAH DARI PENGUNJUNG YANG PERNAH MAKAN DI SINI. |
Pada sebelah petang pemandu pelancong membawa kami bertujuh untuk membeli belah di sebuah komplek di Hatyai iaitu " Festival Shopping Complex " yang tersangat besar dan canggih.
|
FESTIVAL SHOPPING COMPLEX DI HATYAI. |
|
Selepas membeli belah di sana, kamipun dihantar ke hotel untuk berehat. Di sebelah petang kami tidak kemana-mana sekadar membeli makanan di sekitar hotel untuk makan malam.
Pada hari ke 4 kami bersarapan di " Tamrab Muslim Halal Food " sebuah restoran Melayu Thai di Hatyai yang menyediakan pelbagai makanan yang sangat serasi dengan selera pengunjung dari Malaysia.
|
TAMRAB MUSLIM FOOD DI HATYAI MERUPAKAN TEMPAT SARAPAN HARI KE 4 SEBELUM MEMASUKI PERLIS SEMULA. |
Selepas sarapan, kami memasuki Malaysia semula melalui Padang Besar. Ianya merupakan tempat membeli belah yang bersempadan dengan Thai yang dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang sangat berpatutan .
|
PADANG BESAR MERUPAKAN PUSAT MEMBELI BELAH KEPADA PELANCONG-PELANCONG SAMA ADA DARI MALAYSIA ATAUPUN THAI. |
Pada sebelah petang sebelum kami dihantar ke station keretapi di Arau untuk menuju ke Seremban yang berlepas jam 6.15 petang, kami di bawa melawat Muzium Kota Kayangan di Kuala Perlis. Selepas kira-kira 1 jam di sana, kami dibawa pula ke tepi pantai yang terdapat industri kecil-kecilan yang menghasilkan belacan Perlis yang sangat bersih dan terkenal. Sebelum bertolak ke Arau, kami dijamu dengan Laksa Perlis yang sangat dikenali di merata Perlis bahkan di tempat-tempat lain di semenanjung.
|
MUSIUM KOTA KAYANGAN DI KUALA PERLIS |
|
INDUSTRI MEMBUAT BELACAN PAK SU DIN YANG SANGAT TERKENAL DI PERLIS. |
|
BELACAN-BELACAN YANG TELAH DIBUNGKUS UNTUK DIJUAL KEPADA PEMBELI |
|
LAKSA PERLIS DI KUALA PERLIS YANG SUNGGUH MENYELERAKAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DIKUNJUNGI PELANGGAN-PELANGGANG DARI MERATA TEMPAT. |
Saya sempat bergambar bersama saudara Wahab yang merupakan pemandu pelancong keturunan Thai yang juga fasih berbahasa Melayu di sepanjang lawatan kami di sana.
|
SAUDARA WAHAB ORANG MELAYU DARI SATUN THALAND YANG MEMANDU DAN MENEMANI KAMI SEPANJANG LAWATAN DI SONGKHLA, HATYAI DAN KUALA PERLIS. MERUPAKAN SEORANG YANG PERAMAH DAN JUGA FASIH BERBAHASA MELAYU. |
SEKIAN