Penerbangan dengan Air Asia mengambil masa selama 2 jam 15 minit untuk mendarat di lapangan terbang Adisutjipto Jogjakarta dari KLIA 2.
Sesampai di lobi, kami bertiga disambut oleh saudara Khairul Ikhsan seorang pemuda tempatan yang bekerja sebagai pemandu pelancongan.
Selama 5 hari kami ditempatkan di hotel Uin's Colombo di Kalasan yang bertaraf 3 bintang sesuai dengan bajet yang dikenakannya.
Pada keesokan harinya 19 Sep. kami dibawa dengan kereta Cabroleanya ke Magelan sebuah kabupaten di Jawa Tengah. Di sini terdapat 2 candi Buddha yang sangat terkenal iaitu Candi Borobudur dan Candi Ratu Boko. Kedua-dua candi ini dikelolakan oleh UNECO sebagai warisan dunia. Untuk masuk melawat salah satu daripadanya dikenakan tiket sebanyak 25.00 dollar US bersamaan 100.00 ringgit Malaysia. Kami mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalamnya memandangkan ada banyak lagi tempat yang perlu dilawati yang tidak melibatkan belanja yang besar sekadar bersiar-siar di luar sahaja. Candi yang ke 3 yang mirip kepada agama Hindu terletak di Kalasan dinamakan Candi Hindu Parambanan juga memerlukan bayaran 25.00 dollar US untuk melawatnya.
Pada sebelah petangnya, kami dibawa ke suatu tempat yang membolehkan kami menaiki jeep meredah bukit dan sungai untuk sampai di suatu kawasan pergunungan yang pernah menjadi penempatan sebelum dimusnahkan oleh awan panas hasil daripada letupan Gunung Merapi pada 05 November 2010. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa bangunan, peralatan serta perabut dan rangka-rangka haiwan yang mati selepas musibah yang melanda kawasan tersebut. Di penempatan itu terdapat seketul batu besar yang dinamakan " Batu Alien ". Batu besar ini datangnya dari Merapi sejauh 7 kilometer.
|
PETA JOGJAKARTA MENGIKUT PECAHAN KABUPATENNYA. |
|
SALAH SEBUAH JEEP YANG BOLEH DISEWA UNTUK KE PUNCAK GUNUNG MERAPI |
|
JEEP YANG DIGUNAKAN MENJELAJAH SUNGAI DAN GUNUNG UNTUK SAMPAI KE GUNUNG MERAPI |
|
SAAT DAN KETIKA BERLAKUNYA LETUPAN |
|
PERALATAN YANG MUSNAH AKIBAT LETUPAN GUNUNG MERAPI JOGJAKARTA |
|
PERABUT DAN PERALATAN YANG MUSNAH OLEH AWAN PANAS SELEPAS LETUPAN |
|
DINAMAKAN BATU ALIEN |
|
BERDIRI DI HADAPAN SALAH SATU RUMAH YANG MUSNAH TERUK DAN DIJADIKAN MUZIUM |
Pada 20 Sep. kami dibawa pula menuju pergunungan Jogja Selatan untuk pergi melihat suasana indah di waktu subuh di Mangunan. Ramai pelancong datang ke sini untuk melihat kabus dan awan di bawah gunung pada waktu subuh sebelum terbit matahari.
|
KAWASAN PERGUNUNGAN YANG DINGIN UNTUK MELIHAT KABUS DAN AWAN DI WAKTU SUBUH. |
|
PELANCONG LUAR DAN DALAM NEGERI BERKUNJUNG KE SINI UNTUK MELIHAT PANORAMA INDAH |
Selepas itu, kami dibawa pula melihat satu kawasan pergunungan yang dijadikan perkampungan Hobbit oleh penduduk tempatan. Di sini dibina berbagai bentuk rumah Hobbit seperti mana yang terdapat di dalam filem-filem Inggeris.
|
PERKAMPUNGAN HOBBIT DI SERIBU BATU |
|
RUMAH HOBBIT 1 |
|
RUMAH HOBBIT 2 |
|
RUMAH HOBBIT 3 |
Selepas berkunjung ke Rumah Hobbit, kami dibawa pula ke kawasan yang dinamakan Puncak Bercici dan Seribu Batu yang menempatkan pelbagai replika berbentuk rumah dan lain-lain yang sungguh anih dan melucukan.
|
PUNCAK BERCICI |
|
SERIBU BATU |
|
RUMAH DI ATAS POKOK DI PUNCAK BERCICI |
|
REPLIKA ANIH DI SERIBU BATU |
|
RUMAH TERBALIK DI SERIBU BATU |
|
TANGAN GERGASI DI TEBING GUNUNG DI SERIBU BATU |
Pada sebelah petangnya pula, kami dibawa melawat ke satu kawasan di pergunungan yang terdapat Candi Buddha yang diberi nama Candi Ijo . Walaupun pelancong tidak dikenakan sebarang bayaran, ianya masih dipelihara dan dijaga dengan baik oleh pihak musium purba Jogja .
|
KOMPLEX CANDI IJO DI SUATU KAWASAN PERGUNUNGAN |
|
BERAKSI BEBAS DI CANDI IJO |
|
|
Pada 21 Sep, kami dibawa pula bersiar-siar di Pantai Selatan Jogja yang lautnya menghadap ke Australia dan merupakan Lautan Hindi . Pantai ini sangat bersih, mempunyai ombak yang kuat dan berbahaya. Ianya dinamakan Pantai Parang Teritis.
|
PANTAI PARANG TERITIS DI SELATAN JOGJA YANG SUASANANYA SANGAT BERSIH DAN BEROMBAK KUAT |
|
PANTAI PARANG TERITIS YANG NYAMAN DAN BERSIH |
Tidak jauh dari Pantai Teritis, kami dibawa berkunjung ke tempat yang dinamakan Pasir Gemuk. Di sini pengunjung dapat bermain " sandboarding " Pasir Gemuk merupakan satu-satunya kawasan di Asia selain dari Afrika yang terdapat gunung pasir yang terbentuk daripada pasir gunung berapi. Dibawa oleh sungai ke laut dari gunung berapi. Kemudian dibawa oleh ombak ke pantai dan ditiup oleh angin ke darat lalu membentuk gunung-gunung pasir
|
KAWASAN PANTAI YANG DINAMAKAN PASIR GEMUK |
|
BUKIT / GUNUNG PASIR YANG MEMBOLEHKAN PENGUNJUNG BERMAIN SANDBOARDING |
Di sebelah petangnya, kami dibawa membeli belah di Malioboro Street yang terkenal dengan Pasar Sorenya. Pakaian dan pelbagai cenderahati terdapat di sini untuk dibeli sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
Tidak jauh dari Malioboro Street, terdapat Karaton iaitu istana lama kerajaan Mataram yang sekarang telah dijadikan musium. Dengan sedikit bayaran, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis barangan lama tinggalan kerajaan Jogja itu. Tidak jauh dari situ, pengunjung berkesempatan melawat musium Karaton yang menempatkan hampir 32 jenis kereta lama yang ditarik oleh kuda digunakan semasa wujudnya kerajaan itu. Raja Mataram terakhir dilantik oleh kerajaan Indonesia sebagai Gabenur Jogjakarta sehinggalah sekarang
|
KERETA KUDA KARATON YANG DIGUNAKAN OLEH RAJA KETIKA PERTABALAN |
|
PERNAH DINAIKI OLEH RATU ELIZABERT KETIKA BERKUNJUNG KE SANA |
|
PERNAH DINAIKI OLEH PUTERA CHARLES DAN PRINCESS DIANA SEMASA LAWATAN KE JOGJA |
|
SULTAN BRUNEI PERNAH DIBERI PENGHORMATAN MENAIKINYA |
|
Di kawasan yang sama juga, pengunjung berkesempatan melawat kubu kerajaan Belanda yang dikenali sebagai Vredeburg. Di sinilah tempatnya kerajaan Belanda bertahan apabila mereka kembali ke Jogja selepas Perang Dunia Ke 2. Kerjasama antara tentera Mataram dan kerajaan Indonesia di bawah pimpinan General Sudirman akhirnya dapat menawang kubu kuat Belanda ini.
|
KUBU TERAKHIR KERAJAAN BELANDA DI JOGJA DITAWAN AKHIRNYA OLEH GABUNGAN TENTERA MATARAM DAN TENTERA INDONESIA DIPIMPIN OLEH GENERAL SUDIRMAN. |
|
BAHAGIAN DALAM KUBU BELANDA YANG SIAP DENGAN MERIAM |
|
PATUNG TENTERA INDONESIA MENENTANG BELANDA |
|
PATUNG TENTERA MATARAM BERSENJATAKAN BULUH RUNCING MENENTANG BELANDA
PATUNG TENTERA BELANDA 1
PATUNG TENTERA BELANDA 2
|
|
TUGU PERINGATAN TENTERA MATARAM DAN INDONESIA MENENTANG KERAJAAN BELANDA |
Pada 22 Sep. sebelum berlepas pulang kami dbawa membeli belah barang makanan di sekitar Kalasan yang terkenal dengan oleh-oleh Jogja iaitu Bakpia Pathok 25.
|
KEDAI YANG MENJUAL PELBAGAI OLEH-OLEH DARI JOGJA TERDAPAT DI SINI |
|
KOTAK YANG DIBUAT KHAS UNTUK SENANG DIBAWA PULANG OLEH-OLEHNYA |
SELESAI