Nama Pulau Ketam bukanlah nama yang asing lagi kepada peminat-peminat memancing di Semenanjung ini. Merupakan perkampungan air yang majoritinya dihuni oleh masyarakat Cina yang telah lama bermastautin di sini dan bergantung kepada hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka.
Persetujuan telah dicapai untuk berkumpul di " Terminal Penumpang South Port, " Klang jam 10.00 pagi 01 April 2017 kerana bot yang akan membawa kami ke sana akan berlepas jam 12.00 tengahri.
|
TERMINAL PENUMPANG SOUTH PORT, PORT KLANG. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan berbekalkan alat-alat memancing dan bahan-bahan untuk memasak, kami adalah rakan-rakan satu kelas yang cukup akrab dalam merancang sesuatu aktiviti untuk sepanjang tahun. Ada yang menetap di Gombak, Shah Alam, Kuala Pilah dan Seremban. Peluang rekreasi memancing dan bermalam seperti ini jarang kami lepaskan setelah terputus hubungan semenjak sekolah hampir 30 tahun dahulu.
|
BERKUMPUL DI JETI SEBELUM MENAIKI BOT KE DESTINASI |
|
|
Kami telah memilih kelong "Ah Kang " yang agak jauh sedikit dari yang lain sebagai tempat memancing dan bermalam dan mengambil masa sekitar 40 minit untuk sampai ke sana dengan menaiki bot melalui laluan laut yang dipenuhi oleh hutan pokok bakau dan kampung-kampung air di sebelah kanan laluan. Mula-mula bot kami singgah di Pulau Ketam untuk menurunkan sebahagian penumpang. Dari dalam bot kami terlihat sebuah hotel yang dinamakan " Sea Lion Hotel " untuk mereka yang hendak melancung ke sana. Bayaran tambang bot ke pulau ini ialah 8.00 ringgit sahaja untuk satu laluan. Selepas itu bot kami meneruskan perjalanan ke kelong " Ali Baba " dan menurunkan sebahagian penumpang lagi yang kesemuanya adalah kaki pancing juga. Destinasi yang ke tiga adalah kelong Ah Kang yang merupakan tempat pilihan kami untuk bermalam dan melakukan aktiviti memancing. Bayaran bot ke sini adalah 10.00 ringgit seorang kerana tempatnya agak jauh sedikit dari yang lain.
|
BOT KE PULAU KETAM DAN KELONG DI SEKITARNYA |
|
KAMI DAN PENUMPANG-PENUMPANG LAIN KE PULAU KETAM |
|
|
BEGINILAH RUPANYA KELONG AH KANG YANG DILENGKAPI DENGAN DAPUR MEMASAK, RUANG MAKAN, TEMPAT MEMANCING DAN 5 BILIK TIDUR YANG SERBA LENGKAP. |
|
RUANG MEMANCING YANG MEMANJANG DARI LALUAN MASUK KE BILIK PENGINAPAN. |
Dengan menggunakan umpan udang hidup, sotong kurita dan umpun-umpun, kami mulalah aktiviti memancing dari jam 2.00 petang sehinggalah lewat malam ketika air sedang mula pasang. Berhenti seketika untuk solat, makan tengahari dan minum petang dan aktiviti memancing tetap diteruskan selepas itu. Isteri-isteri kami sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak-enak di dapur untuk makan malam dan yang lain-lain. Ikan Siakap kukus dan goreng. Udang dan sotong goreng tepung. Pari panggang, sup tom yam dan lain-lain lagi. Walaupun misi kami adalah memancing tetapi dengan kehadiran kaum wanita kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati masakan laut yang enak-enak sepanjang percutian ini.
|
PELBAGAI MASAKAN DISEDIAKAN OLEH ISTERI-ISTERI KAMI SEPANJANG HARI |
|
SIAKAP KUKUS DAN SIAKAP GORENG BAWANG. |
Di antara ikan-ikan yang berjaya dipancing kecil atau besar ialah ikan gelama, ikan duri, ikan belukang, sembilang laut, ikan kerapu dan ikan todak. Rezeki tidak menentu ada yang dapat dan ada juga yang terlepas. Memang adat memancing tidak dapat lari dari mata pancing tersangkut di merata tempat tetapi keserokannya mengatasi segala-galanya. Dapat atau tidak ikan bukanlah masalah besar kepada para pemancing kerana yang penting expedisi ini dapat merapatkan siratulrahim dan juga melapangkan fikiran setiap orang dari urusan kerja.
|
IKAN DURI |
|
IKAN KERAPU KUNING |
|
IKAN SEMBILANG LAUT |
|
IKAN TODAK |
Pada hari kedua 02 April 2017 ( Ahad ) , setelah berkemas kamipun check out jam 12.00 tengahari kerana bot yang membawa kami pulang telahpun menunggu di jeti kelong. Sebelum bergerak sempat juga saya mengambil gambar sebuah kawasan yang menempatkan sangkar-sangkar ikan yang menjadi mata pencarian penduduk di sana.
|
IKAN YANG DITERNAK DI DALAM SANGKAR. |
|
Kepada kaki-kaki pancing, jikalau anda ingin ke sana dan bermalam khususnya di kelong Ah Kang, sebuah bilik yang dilengkapi, tilam, bantal, kipas dan lain-lain kemudahan ialah 200.00 ringgit seharian. Untuk keterang lanjut sila hubungi Steven anak kepada pemilik kelong berkenaan 016-6355978.
No comments:
Post a Comment