Bandaraya Ho Chi Min atau nama lamanya Saigon, adalah salah satu destinasi perlancongan yang paling digemari oleh penduduk Malaysia. Penerbangan mengambil masa 1 jam 45 minit dari KLIA 2 ke Tan Son Nhat International Airport. Rombongan kami yang terdiri dari 19 rakan karib semenjak sekolah rendah lagi dibawa dengan bas dari lapangan terbang ke Hotel Bloom di District 1 sekitar pasar Ben Thann yang terkenal sebagai pusat membeli belah.
|
BAS YANG MEMBAWA KAMI DARI LAPANGAN TERBANG KE HOTEL BLOOM |
Pada pagi 29 April, rombongan kami dibawa bersarapan di D'Nyonya yang terletak berhampiran Masjid Besar Ho Chi Min. Di seberang jalan terdapat sebuah restoran yang pernah mendapat liputan dari TV 3 iaitu Restoran Halal Saigon.
|
SARAPAN DI D'NYONYA PADA 29 APRIL 2017 |
|
MASJID BESAR HO CHI MIN |
|
HALAL SAIGON YANG PERNAH MENDAPAT LIPUTAN TV3 MALAYSIA. |
Selepas sarapan rombongan kami dibawa untuk melihat bangunan Pejabat Pos Besar Ho Chi Min yang merupakan bangunan pos peninggalan penjajah Perancis. Di seberang jalan terdapat Gereja Katolik yang merupakan pusat kegiatan agama Kristian pada zaman penjajah sehinggalah sekarang.
|
BERGAMBAR DI PEJABAT POS BESAR HO CHI MIN |
|
BAHAGIAN DALAM PEJABAT BESAR POS HO CHI MIN |
|
GEREJA KATOLIK DI SEBERANG JALAN PEJABAT BESAR POS HO CHI MIN |
Dari sini, rombongan kami dibawa pula berbelanja di Linda Store tempat membeli pakaian murah dan berkualiti untuk kaum wanita dan seterusnya ke Wholesale Store yang merupakan kilang yang menjual beranika pakaian dan kain yang baik dan berpatutan harga.
|
LINDA STORE - OUTLET PAKAIAN MURAH DAN BERKUALITI |
|
GEDUNG / KILANG WHOLESALE DI HO CHI MIN |
Pada tengah harinya, kami dibawa untuk makan tengahari di suatu tempat halal bersebelahan dengan sebuah masjid.
|
MAKAN TENGAHARI DI MUSLIM HALAL RESTAURANT |
|
MASJID YANG TERDAPAT DI SEBELAH MUSLIM HALAL RESTAURANT |
Pada sebelah petangnya, rombongan kami dibawa menikmati rasa kopi Vietnam di suatu tempat yang sangat unik, nyaman dan luar biasa keadaanya.
|
DU MIEN GARDEN CAFE YANG SANGAT INDAH DAN MEMPERSONAKAN PENGUNJUNG |
|
DU MIEN GARDEN CAFE DENGAN AIR PANCUTANNYA |
|
MENIKMATI BERBAGAI JENIS MINUMAN SEPERTI KOPI VIETNAM, TEH DAN AIR BUAHAN. |
|
BERGAMBAR SEBELUM BALIK KE TEMPAT PENGINAPAN |
Pada sebelah malamnya, rombongan kami dibawa untuk makan malam di sekitar Hotel Bloom yang terkenal dengan gelaran " The Malaysian Streets " kerana pada cuti persekolahan ramai pengunjung dari Malaysia akan datang ke Vietnam untuk membeli belah di sini. 10 tahun dahulu ketika kunjungan saya buat kali pertama di sekitar The Malaysian Streets hanya terdapat 1 restoran halal yang dikendalikan oleh En. Asri warga Melayu Champa. Tetapi sekarang terdapat 8 restoran halal di sini dan ini bermakna pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan makan halal. Di antaranya ialah Restoran Kg. Melayu, Basiron, Osman, Al-Amin, Musa, Aysah, Salima dan Hj. Mansoor. Ini kerana permintaan terhadap makanan halal dari pengunjung Malaysia terlalu ramai sekarang.
|
LORONG DI SEKITAR PASAR BEN THANN YANG SEKARANG DIKENALI SEBAGAI THE MALAYSIAN STREETS. |
|
LORONG THE MALAYSIAN STREETS YANG TERDAPAT 8 RESTORAN HALAL UNTUK PENGUNJUNG MUSLIM |
|
|
|
|
Pada hari kedua 30 April 2017, kami dibawa bersarapan di suatu tempat yang menyediakan makan yang berbentuk mee / kueh teh yau yang dimasak bersama daging . Rasanya enak dan luarbiasa. Biasanya terdapat sebuah masjid berhampiran sebagai tanda kawasan itu majoriti adalah orang Islam dan makanannya adalah halal.
|
SARAPAN PADA HARI KEDUA DI RESTORAN PRO MUSLIM |
|
MENU SARAPAN - MEE ATAU KUEH TIYAU YANG DIMASAK DENGAN DAGING LEMBU |
|
MASJID BERHAMPIRAN RESTORAN PRO MUSLIM |
|
RAKAN-RAKAN SEDANG MENIKMATI SARAPAN DI PRO MUSLIM |
Selepas sarapan dalam perjalanan ke Sungai Mekong untuk lawatan seterusnya, kami singgah di District 7 penempatan mewah yang terdapat sebuah kedai yang menjual barangan dari kulit.
|
KEDAI YANG MENJUAL BARANGAN KULIT DI DISTRIT 7 DALAM PERJALANAN KE SUNGAI MEKONG |
|
BAHAGIAN DALAM KEDAI |
Selepas membeli belah kami dibawa pula makan tengahari di suatu tempat yang lazim dikunjungi oleh pelancungan dari Malaysia kerana makanannya sedap dan harga berpatutan.
|
RESTORAN MOHD. AMIN NAWIYAH - MAKAN TENGAHARI DALAM PERJALANAN KE SUNGAI MEKONG |
Selepas makan tengahari, kami menuju ke Sungai Mekong pula. Dibawa dengan bot ke suatu pulau kecil yang menyediakan pelbagai aktiviti jualan barangan dan juga hiburan.Di antaranya melihat perbagai produk industri lebah madu, menikmati juadah buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan lagu-lagu tradisi mereka, menaiki kereta kuda, mengharung terusan dengan sampan dan akhir sekali dibawa melihat industri candy / gula-gula yang diperbuat dari santan kelapa.
|
BERGAMBAR SEBELUM MENAIKI BOT KE PULAU MEKONG |
|
MERASAI MADU LEBAH DAN MEMBELI BEBERAPA PRODUK LEBAH MADU. |
|
MENIKMATI JUADAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN SAMBIL DIHIBURKAN DENGAN LAGU-LAGU TRADISI MEREKA |
|
MENAIKI KERETA KUDA SEJAUH 1 KILO METER DI SEBERANG PULAU MEKONG |
|
MENAIKI SAMPAN DI TERUSAN SUNGAI MEKONG YANG DIDAYUNG OLEH PENDUDUK TEMPATAN |
|
INDUSTRI GULA-GULA / CANDY YANG DIPERBUAT DARI GULA DAN SANTAN KELAPA DAN PERISA-PERISA LAIN |
|
SEBELUM MENINGGALKAN PULAU MEKONG ROMBONGAN KAMI SEMPAT BERGAMBAR |
Setelah selesai sekitar jam 5.00 petang, kamipun dibawa pulang ke bilik hotel masing-masing. Di sebelah malamnya kami dijamu dengan pelbagai makanan yang enak-enak di sekitar The Malaysian Streets. Keesokan harinya, 01 May 2017, rombongan kamipun berangkat pulang dengan seribu kenangan yang indah bersama kawan-kawan sedarjah yang rasa gembira dari mula lawatan sehinggalah berakhir pada pagi itu.
|
INILAH WAJAH ZACK PEMUDA MELAYU CHAMPA YANG MENJADI PEMANDU PELANCUNGAN DARI MULA LAWATAN SEHINGGALAH HARI TERAKHIR. |
Sekiranya anda ingin melancung ke sana bersama keluarga dan merasa pengalaman-pengalaman yang menggembirakan, silalah hubungi Zack +841645666006. Agensi ini menyediakan pelbagai packej seperti melawat sekitar bandaraya Ho Chi Min, Program Chu Chi Tunnel, Lawatan Ke Pulau Di Sungai Mekong, Beriadah / Berkhemah di Dalat dan lain-lain program.
No comments:
Post a Comment