Monday, 31 December 2012

Keturunan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti / Negeri Sembilan


   Kesemua sembilan Datuk Luak bersetuju untuk mendapatkan seorang anak raja dari Pagaruyong untuk dinobatkan di Negeri Sembilan kerana Sultan Abdul Jalil Ibni Bendahara Tun Habib yang memerintah Johor ketika itu menghadapi masalah dengan Belanda dan  ancaman Daeng Kemboja raja Bugis yang inginkan wilayahnya khususnya Negeri Sembilan. Kedudukan Negeri Sembilan ketika itu diumpamakan seperti berikut. " Berajakan Johor, Bertalikan Siak dan Bertuankan Pagaruyong ".  Menurut cerita usaha untuk mencari calon telah bermula semenjak tahun 1760.  Difahamkan lima orang wakil atau anak raja telah dinobatkan di Rembau. Kesemuanya tidak layak kerana apabila disembah mereka  semua mengalami cirit-birit. Itulah sebabnya kenapa Kg. Istana Raja tempat mereka bersemayam sehingga kini dinamakan Pekan Penajis. (  tidak dapat disahkan kebenarannya )
        Ada yang mengatakan pada tahun 1770 satu rombongan untuk menjemput anak raja  Sultan Abdul Jalil yang memerintah Pagaruyong yang bernama Raja Mahmud dijalankan oleh Panglima Bandan dan Panglima Bandot.  Sebelum itu seorang anak raja yang bernama Raja Khatib telah dihantar terlebih dahulu untuk memastikan keadaan dan telah menyeleweng dengan mengaku sebagai anak raja yang sebenar, lalu ditabalkan di Sri Menanti oleh Penghulu Na’am dan dikahwinkan dengan puterinya Dang Anum.
      Setelah  Raja Melewar sampai dan ditabalkan di Kg. Istana Raja, Rembau, baginda menyediakan angkatan perang untuk berangkat memerangi Raja Khatib dan Penghulu Na’am di Sri Menanti yang akhirnya tewas lalu Raja Khatib diserahkan kepada Raja Siak.

Salam hormat dari penyusun,
         
.................................................................................................................................... 
( 1st.) Tuanku Mahmud Shah Ibni Sultan Abdul Jalil atau Raja Melewar (1773 – 1795) berkahwin dengan Cik Sani
1.      Tengku Totok
2.      Tunku Aishah
·           Apabila baginda dibunuh oleh Luak Biduanda Rembau pada 1795 maka anaknya Tengku Totok tidak dilantik sebagai Yang Dipertuan.  Sebaliknya dijemput anak raja yang ke dua dari Pagaruyong iaitu Raja Hitam.

YAMTUAN SERI MENANTI YANG PERTAMA - RAJA MELEWAR ( 1773 - 1795 )
..................................................................................................................................
( 2nd. )  Raja Hitam (1795 - 1808 )  Tunku Aishah ( Puteri Melewar )
·          Perkahwinannya dengan Tunku Aishah tidak dikurniakan cahaya mata.

2nd. Raja Hitam berkahwin dengan Cik Jingka
1.      Tengku Husin
2.      Tunku Ngah*
3.      Tengku Ibrahim
4.      Tengku Alwi

·         Entah atas sebab apakah tidak seorangpun dari putera-putera  baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar, maka satu lagi rombongan dihantar ke Pagaruyong untuk memohon seorang putera raja untuk kerajaan di Seri Menanti. Maka sampailah seorang yang bernama Raja Lenggang atau Melenggang. Baginda merupakan raja yang ke tiga dan yang terakhir dibawa masuk dari Sumatra.
.......................................................................................................................................
( 3rd.) Raja Lenggang ( 1808 – 1824 )+ Tunku Ngah ( puteri Raja Hitam )
1.      Tengku Radin
2.      Tengku Imam

.....................................................................................................................................
4th.)  Tuanku Radin Ibni Raja Lenggang( 1824 - 1861 ) + Tunku Ampuan Intan
·          Tuanku Radin mempunyai 6  orang isteri dan 14  orang putera dan puteri dan  di antaranya ialah
1.      Tengku Besar Daud
2.      Tengku Besar Lintau
3.      Tuanku Antah
4.      Tunku Muda Chik

·         Tuanku Radin merupakan anak raja kelahiran Negeri Sembilan yang pertama menjadi Yang Dipertuan Besar dan diangkat oleh Undang Yang Empat dan Pemegang Adat secara rasmi.
·         Terdapat seorang yang bernama Tengku Ma’arom yang tinggal di Kg. Parit,  Kuala Pilah  menyatakan ianya sebagai cicit kepada Tengku Besar Lintau ie Tunku Ma’arom binti Tengku Halim bin Tengku Hamid bin  Tengku  Besar Lintau.
......................................................................................................................................
( 5th.) Tuanku Imam Ibni Raja Lenggang(  1861 – 1869 ) + Cik Normah
·          Menggantikan abangnya sebagai Yang Dipertuan Besar dan mempunyai 6 orang putera / puteri
1.      Tengku Ahmad Tunggal
2.      Tengku Cindai
3.      Tengku Ulin
4.      Tengku Alam
5.      Tengku Jumaat
6.      Tengku Maadin

ISTANA AMPANG TINGGI YANG DIBINA PADA 1865 OLEH YAMTUAN IMAM SEBAGAI  HADIAH PERKAHWINAN DI ANTARA PUTERANYA TENGKU CHINDAI DENGAN TUNKU MUDA CHIK. ISTANA INI JUGA MENJADI ISTANA HINGGAP KEPADA TUANKU MUHAMMAD APABILA BAGINDA MENGAWINI TUNKU HALIJAH ( ISTERI  KEDUA / SEPUPU  ) . ISTANA INI TELAH DIPINDAHKAN KE KOMPLEK MUZIUM NEGERI SEMBILAN DI SEREMBAN DARI TEMPAT ASALNYA DI AMPANG TINGGI KUALA PILAH.


·         Tunku Muda Chik anak Yam Tuan Radin dikahwinkan dengan Tengku Chindai anak Yam Tuan Iman bererti kawin sepupu dan ayahanda mereka berbesan adik-beradik.
    
 Tuanku Ampuan Intan ( 1869 – 1872 ) - sebagai pemangku sahaja
·         Merupakan balu kepada Yam Tuan Radin, memegang jawatan pemangku selama 3 tahun kerana terdapat masalah dalam perlantikan Yam Tuan yang baru. Tuanku Ampuan Intan  dicadangkan sebagai pemangku oleh Datuk Kahar yang  lebih dikenali sebagai Datuk Siamang Gagap.


DATUK KAHAR ATAU DATUK SIAMANG GAGAP YANG MEMBANTU TUANKU ANTAH MENENTANG SUNGAI UJONG YANG DISOKONG OLEH BRITISH PADA 1875

...........................................................................................................                       
( 6th.)  Tuanku  Antah Ibni Tuanku Radin( 1872 – 1888 )+ Tunku Chik
1.      Tuanku Muhamad
2.      Tengku Besar Burhanudin
3.      Tengku Sulaiman Uban
4.      Tengku Kahar
5.      Tunku Puteri Aishah ( moyang  kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin  )
6.      Tunku Dara ( bondanya Baba Melaka )

·         Apabila Tuanku Antah dilantik sebagai Yam Tuan, sepupunya Tengku Ahmad Tunggal tidak berpuas hati lalu memberontak dengan berpihak kepada Sungai Ujong untuk memerangi Sri Menanti. Inilah yang dinamakan  "Perang Bukit Putus ".


YAM TUAN KE ENAM SERI MENANTI - TUANKU ANTAH IBNI TUNKU RADIN ( 1872 - 1888 )



.....................................................................................................................................
( 7th. )  Tuanku Muhamad Ibni Tuanku Antah( 1888 – 1933 ) berkahwin dengan Tunku Puan Chik
1.      Tengku Abd. Aziz
2.      Tengku Abd. Rahman
( sila rujuk " Misteri Puteri Yang Hilang " -  24 April 2017 )
7th. Tuanku Muhamad berkahwin dengan Tunku Halijah ( cucu kpd Yamtuan Radin dan Imam )
1.      Tengku Laksamana Nasir
2.      Tengku Muhamad Alam Shah ( kurang upaya )

·         Baginda mempunyai 2 orang isteri dan 4 orang putera kesemuanya.




YAMTUAN KE TUJUH NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUHAMMAD IBNI TUANKU ANTAH (  1888- 1933 )



ISTANA LAMA SERI MENANTI DIBINA OLEH TUANKU MUHAMMAD BAGI MENGGANTIKAN ISTANA PUTIH YANG DIMUSNAHKAN OLEH INGGERIS SEMASA PERANG SERI MENANTI  SUNGAI UJONG ( 1875 ). DI BINA PADA TAHUN 1902 DAN SIAP PADA 1908 DAN TELAH DIDUDUKI OLEH YAMTUAN SEHINGGA 1931 SEBELUM BERPINDAH KE ISTANA BARU  PADA 14 JULAI 1992. IANYA DIJADIKAN MUZIUM DIRAJA OLEH TUANKU JAAFAR.
..


ISTANA BESAR  SERI MENANTI ( ISTANA RASMI ) MULA DIDUDUKI OLEH TUANKU MUHAMMAD PADA 1932 DAN DITERUSKAN OLEH YAMTUAN YANG BERIKUTNYA  SEHINGGALAH SEKARANG.


ISTANA HINGGAP YAM TUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DI SEREMBAN.



                    ..........................................................................................                                                         

 (Tengku Besar Burhanudin Ibni Tuanku Antah – adinda Tuanku Muhammad )
a.      Tengku Besar Burhanudin berkahwin dengan  Tunku Puan Chik
1.      Tunku Kurshiah* ( berkahwin dengan sepupunya Tengku Abdul Rahman )
2.      Tunku Hamidah
3.      Tunku Durah* ( berkahwin dengan anak buahnya Tengku Munawir )
4.      Tengku Mustafa
5.      Tengku Mat Sultan
6.      Tengku Daud
7.      Tengku Adenan
8.      Tengku Mahmud
9.      Tengku Ap

b.      Tengku Besar Burhanudin berkahwin dengan Cik Lijah
1.      Tunku Ribah
2.      Tengku Mat Jamil
3.      Tunku Dayah
4.      Tunku Najihah* ( berkahwin dengan anak buahnya Tengku Jaafar )
5.      Tengku Mat Bob
                            
*          Tengku Besar Burhanudin ialah adinda Tuanku Muhamad mempunyai 2 orang isteri iaitu Tunku Puan Chik dan Cik Lijah.
*          Perhatikan 3 orang puterinya menjadi Tunku Ampuan Negeri Sembilan bermula dengan Tunku Kurshiah,  Tunku Durah  dan Tunku Najihah
*          Cik Lijah ibu kepada Tunku Ampuan Najihah ialah orang gaji Tengku Besar Burhanudin yang akhirnya menjadi isteri kedua beliau dan sahabat karib kepada moyang saya iaitu Inah. *

*Setiap hujung minggu beliau akan ke Kg. Tg. Beringin* untuk mendapatkan ubi kayu untuk dibuat tapai dan lain-lain pucuk kayu kegemarannya.   Berasal dari Kuala Selangor dan adalah wanita  keturunan Jawa*. Rajin ke sawah dan suka memungut  sandar* sejenis tumbuhan di sawah untuk dibuat gulai. Tunku Najihah ketika menjadi Tunku Ampuan, masih suka bertanya di manakah beliau boleh mendapatkan gulai sandar, cendawan kukur dan pucuk cemperai kerana sudah biasa dengan masakan bondanya ketika kecil.
TENGKU BESAR BURHANUDIN ADINDA KEPADA TUANKU MUHAMMAD

..........................................................................................................................................
( 8th.) Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhamad ( 03/08/1933 – 01/04/ 1960 ) berkahwin dengan  Cik Maimunah ( bangsa nasrani - jururawat )
1.      Tunku Aida
2.      Tuanku Jaafar*
3.      Tengku Abdullah
4.      Tunku Nazilah

8th.Tuanku Abdul Rahman berkahwin dengan Tunku Maharun ( bonda Tunku Tek / Tunku Jemiah Binti Tengku Tunggal )
1.      Tuanku Munawir*

8th. Tuanku Abdul Rahman berkahwin dengan Tunku Kurshiah ( sepupunya )
1.      Tunku Zaidah
2.      Tunku Bahiah*
3.      Tunku Shariah
4.      ………………..
·          Tunku Bahiah  berkahwin dengan Tuanku Abd. Halim Sultan Kedah



YAMTUAN KE LAPAN NEGERI SEMBILAN - TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD
( 1933 - 1960 )
.....................................................................................................................................

( 9th.) Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman ( 05/04/1960 – 14/04/1967 ) berkahwin dengan Tunku Ampuan Durah ( emak saudaranya )
1.      Tengku Mukhris*
2.      Tunku Puteri Munawirah
3.      Tunku Mudziah
4.      Tunku Deborah
5.  Tunku Deannah
6.  Tunku Ann Dakhlah


YAMTUAN KE SEMBILAN NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUNAWIR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN
 ( 1960 -1967 )
..................................................................................................................................
                                                          INFORMASI
·         Perhatikan Tuanku Abdul Rahman ( ayah ) mengawini sepupunya Tunku Kurshiah sementara puteranya Tuanku Munawir mengawini emak saudaranya Tunku Durah. Kedua-duanya  Tunku Ampuan  tersebut adalah anak kepada Tengku Besar Burhanudin adinda kepada Tuanku Abdul Rahman sendiri.

....................................................................................................................................
( 10th.)   Tuanku Jaafar Ibni Tuanku Abd Rahman ( 18/04/1967 – 27/12/2009 ) berkahwin dengan Tunku Najihah ( emak saudara )
1.      Tengku Naquiyuddin
2.      Tengku Imran
3.      Tengku Nadzarudin
4.      Tunku Dara
5.      Tunku Jawahir
6.      Tunku Puteri

YAMTUAN KE SEPULUH NEGERI SEMBILAN  - TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN
 ( 1967 - 2009 )
.................................................................................................................................
                                                    INFORMASI
·         Dato Undang yang empat tidak melantik seorangpun dari putera-putera Tuanku Ja’afar sebaliknya lebih memihak kepada Tuanku Muhriz putera Tuanku Munawir kerana kedua ibubapanya adalah keturunan raja yang tulin*. Lagipun ketika Tuanku Ja’afar menaiki tahta, Tuanku Muhriz baru berusia 18 tahun.
·         Seperti adinda baginda Tuanku Munawir, Tuanku Jaafar juga mengawini emak saudaranya iaitu Tunku Ampuan Najihah puteri kepada Tengku Besar Burhanudin.

..................................................................................................................................
 11th.  Tuanku Muhriz Ibni Almarhun Tuanku Munawir berkahwin dengan Tunku Aishah Rohani.
1.      Tengku Ali Redhauddin Muhriz *
2.      Tengku Zain Al’Abidin Muhriz
3.      Tengku Aliff Hussein Saifuddin Al’Amin ( mangkat pada usia 32 tahun )

YAMTUAN KE SEBELAS NEGERI SEMBILAN - TUANKU MUHRIS IBNI TUANKU MUNAWIR ( SEKARANG )

..........................................................................................................................................                                                         INFORMASI *       .
  Tuanku Muhriz adalah anak buah kepada Tengku Dato' Seri Hasmuddin b. Tengku Othman ( Ungku Adik ) kerana Tengku Othman dan Tunku Mahrun ( bonda Tuanku Munawir ) adalah adik-beradik . Mereka berdua adalah putera puteri kepada Tunku Puteri Aisyah puteri kepada Yam Tuan Antah 
*          Tengku Dato' Seri Hasmuddin adalah raja keturunan suku Sri Melenggang Tg. Beringin perut Sri Menanti ( mengikut nisab ibunya ) kerana ayahanda  beliau berkahwin di sana.

..........................................................................................................................................
TENGKU BESAR SERI MENANTI - TENGKU ALI REDHAUDDIN IBNI TENGKU MUHRIS. *
DILANTIK PADA 22 FEBRUARI 2009

KELUARGA TENGKU MUHRIZ. TENGKU ALI, YAMTUAN, TENGKU AMPUAN DAN TENGKU ZAIN.
PUTERA YG KETIGA TENGKU HUSSEIN TIADA DALAM GAMBAR.





PUTERA YANG BONGSU TUANKU MUHRIS TENGKU
HUSSEIN SAIFUDDIN AL'AMIN KEMBALI KE RAHMATULLAH JAM 12.45 TENGAHARI PADA 15 JANUARI 2016
 ( JUMAAT )

...............................................................................................................................................................
( 1 )       Sembilan suku Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dikelaskan kepada dua luak

a.      Luak Lima Puloh Kota
1.      Paya Kumbuh
2.      Seri Lemak
3.      Mungkal
4.      Batu Belang
5.      Batu Hampar
6.      Seri Melenggang

b.      Luak Agam
1.      Tanah Datar
2.      Tiga Batu
3.      Tiga Nenek

                                                              
( 2 )      Di istana terdapat 3 tingkat gelaran  darjat bagi  anak-anak kepada raja yang memerintah.

a.      Putera Yang Empat
1.      Tengku Besar
2.      Tengku Laksamana
3.      Tengku Muda Serting
4.      Tengku Panglima Besar

b.      Anak-Anak Raja Bergelar
1.      Tengku Iman
2.      Tengku Alang
3.      Tengku Besar Kecil
4.      Tengku Kecil Muda

c.       Puteri Yang Dua
1.      Tengku Puteri
2.      Tengku Dara
    
( 3 )   Lima Suku Yang Termasuk Dalam Kawasan Adat Lingkungan Istana Iaitu
1.      Batu Hampar
2.      Tanah Datar
3.      Tiga Batu
4.      Sri Lemak Minangkabau
5.      Sri Lemak Pahang

.........................................................................................................................................  

 Kesemua suku ini diwakili oleh datuk masing-masing yang menjalankan pentadbiran di istana
  dengan gelaran yang diberi. ( empat yang awal adalah Tiang Balai )

1.      Batu Hampar ( Sri Menanti dan Sungai Layang )
a.      Datuk Raja Dewangsa
b.      Datuk Sri Amar Diraja

2.      Tanah Datar
a.      Datuk Penghulu Dagang
b.      Datuk Akhir Zaman                                                                   

3.      Tiga Batu
a.      Datuk Besar                                                                    

4.      Sri Lemak Minangkabau
a.      Datuk Bangau                                         

5.      Sri Lemak Pahang
a.      Datuk Andatar Lembaga                                                

1.      Gelaran Buapak
a.      Kampong Buyau ialah Datuk Panglima Jaya
b.      Kampong Tanjong Beringin ialah Datuk Panglima Garang
                                          
.....................................................................................................................................

                Sejarah 4 Peringkat Kedatangan Orang Minangkabau Ke NS
                ......................................................................................................

1.      Rombongan Pertama
Datuk Raja dan isteri Tok Seri datang dari Minangkabau  ke Siak , kemudian ke Johor dan terus ke Naning dan akhirnya ke Rembau. Dari sana ke suatu tempat yang bernama Londa Naga dan sekarang disebut orang sebagai Kampong Galau      

2.      Rombongan Ke Dua
Datuk Bandaro Penghulu Alam dari Sungai Tarab, Sumatra, datang ke sini dan menetap di tempat bernama Sungai Layang

3.      Rombongan Ke Tiga
Datuk Makudum Sati  di Sumanik dari Batu Sangkar bersama Sultan Sumatik dan Johan Kebesaran sebelum datang ke sini terus ke Siak, kemudian ke Melaka, kemudian  ke Rembau dan akhir ke Perkampungan Tanjung Alam yang sekarang dikenali sebagai Gunung Pasir         

4.      Rombongan Ke Empat
Datang dari Seri Lemak Payakumbuh dan diketuai oleh Datuk Putih dan terus ke Rembau.   Suku Batu Hampar dan Mungkal diketuai oleh Datuk Lelo Balang sementara suku Tiga Nenek diketuai oleh Datuk Laut. Kesemuanya datang lalu menetap di Rembau ( Datuk Putih memberi nama kepada Seri Menanti ketika membukanya menemui 10 tangkai padi di hutan )
........................................................................................................................................
Sebarang Pembetulan Fakta Dialu-alukan. Terima Kasih.

    Mizan Bin Ismail 
        013-2495097
sofia_h004@yahoo.com




                                                                                                                                           ..........................................................................................................................................              

75 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan:
    Saya ingin bertanya tentang sejarah Datuk/Tengku Hitam yang berpindah/lari? ke Kg Londang, Masjid Tanah.
    Terima Kasih. Mohd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya minta maaf kerana jarang sangat buka bahagian komen sehingga ada persoalan dari yg membaca.
      Saya kurang pasti tentang Tengku Hitam yg berpindah ke Masjid Tanah. Walaupun begitu jikalau saya ada mendapat maklumat akan saya jelaskan kerana seorang yg meminati sejarah tidak akan berhenti berusaha. Jumpa lagi.

      Delete
    2. Salam.... Boleh saya tahu sesuatu.... anak tengku Muhammad dan Tuanku puan Chik adalah Tengku Abdul Aziz dan Tengku Ab rahman... Apakah yg terjadi pada tengku abdul aziz???

      Delete
    3. Maaf kerana terlalu lambat membalas kerana sibuk dengan urusan harian. Tengku Abdul Aziz berkahwin dan menetap di Seremban dan ada kalanya balik ke Sri Menanti kerana beliau ada ramai saudara di sana. Tengku Abdul Rahman tentu saudara tahu sebab baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong yang pertama.

      Delete
  3. Aslm..nak tanya. Adakah tuanku abdul rahman bin muhamad mempunyai seorang abang yang bernama ahmad dan telah berkahwin dengan seorang perempuan bidan istana bernama timah.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saya minta maaf kerana lewat menjawab soalan puan.
      Walaupun saya ini hidup dlm lingkungan istana dan tahu banyak cerita-cerita kehidupan keluarga di raja Sri Menanti, namun begitu ada juaga perkara yg diragui kebenarannya.
      Yg saya tahun Tengku Abd. Rahaman ada seorang abang sahaja dari ibu yg sama ( rasmi ) iaitu Tengku Aziz dan dua orang adik dari ibu yg lain. Kesemuanya empat adik beradik. Yg sebenarnya Tengku Muhammad ada isteri-isteri yg tidak rasmi.
      Saya tak berani nak komen di sini sebab ada cerita tapi tidak ada pengesahan. maaf puan. Jumpa lagi.

      Delete
    2. Ya..bginda ada beberapa isteri

      Delete
  4. Salam, Tuansaya ingin bertanya kalau ada sejarah mengenai Peteri Ya Tuan yang lari dari Istana dan berkahwin dengan sama ada Tunku Laksmana atau Laksmana Istana Seri Menanti yang kuat pegangan agamanya ketika berlaku peperangan antara Luak-luak... maaf saya pun tidak dapat hikayat yang penuh kerana pemberitahu maklumat berkata cerita penuh berada dalam penjagaan Raja Kecik Perak atau lebih dikenali Tengku Cik. Memandangkan tuan membesar dikalangan istana, saya cuba dapatkan jawaban dari tuan. Oh ya, ada satu lagi info, datuk saya pernah dipanggil Istana Seri Menanti untuk meduduki 'semula' istana hitam di Linggi dan datuk saya duduk tak berapa lama dia balik semula ke Melaka. Kalau tuan dapat mengesahkan kisah ni sbb masa berlaku peristiwa itu saya belum lahir pun... dan juga datuk saya sering kali mengatakan Tuanku Abdul Rahman itu sepupunya... dan abangnya sering ke Seri Menanti berjumpa dengan Tuanku Abdul Rahman ketika itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sungguh lewat saya membalas kerana sibuk.Saya kurang pasti tentang puteri Yamtuan yg berkahwin dengan Tengku laksamana dan melarikan diri. Walaupun saya tinggal di Seri Menanti, saya tidak tahu semua perkara sulit mengenai institusi di raja Seri Menanti. Saya berusaha menulis mengenai Keturunan Yamtuan Seri Menanti dengan merujuk orang tua2 di sini dan selebihnya saya dapatkan di musium Seri Menanti. Mengenai datuk saudara yang bersepupu dengan Tuanku Abdul Rahman agong yang pertama saya yakin itu betul sebab datuk kita tidak akan berbohong kpd cucu2nya. Sekian terima kasih

      Delete
    2. Salam Tuan Ismail ..
      Saya bernama Borhan dari Singapura, berkenaan dengan Putri YamTuan yang lari dari istana seri menanti ada kah ia kisah benar?

      Delete
    3. Salam Tuan Shah Jaihan,
      Saya Borhan dari Singapura, tentang sejarah Putri YamTuan yang lari dari istana, bagaimana kah tuan dapat tahu cerita itu? saya tertarik tentang ini.. bagaimana kah saya bole dapat bertemu bual dengan Tuan? saya akan beri kan tuan lihat photo2 yang tuan maksud kan tentang Putri tersebut insallah... untok saya ini amat penting... terimah kasi... [ facebook saya : Sri Perkasa ].
      sekian salam dari saya.

      Delete
    4. Salam kepada Tuan Mizan,
      bagaimana kah saya bole mendapat temu bual dengan tuan tentang sejarah putri Yam tuan yang lari dengan istana dengan panglima nya... mungkin tuan akan tertarik dengan photo yang saya ada ini... insallah.... [ tuan ada facebook ? ]

      Delete
  5. salam... cume nk tnyer je... ada x anak diraja seri menanti lahir di atas kain warna kuning?? dan saya nk tahu ada x tuan kenal ngan panggilan usalli atau usoli..dan saya nk tahu siapakah anak raja yg berlawan silat ngan harimau putih di gelanggang silat atas bukit.. sebab saya pakcik saya ckp ayah saya anak raja negeri sembilan di istana menanti.. keturunan tuanku antah... mohon penjelasan...... call saya 0122706977 @ email saya die aswadsniper10@gmail.com sekian wasalam

    ReplyDelete
  6. Lewat membalas maaf ya kerana terlalu sibuk kebelakangan ini. Kalau dulu2 mengikut adat anak2 Yamtuan yg lahir diwajibkan di atas kain kuning tetapi adat itu telah lama ditinggalkan. Saya kurang pasti dengan panggilan Usalli atau Usoli. Saya ada dengar tentang anak raja yg bersilat di atas bukit dengan harimau jadian dan itu barangkali untuk mengagong-agongkan keturunan di raja. Nama anak raja itu saya kurang pasti. Kalau ayah kamu keturunan Yamtuan Antah tentu dia kenal dengan Tengku Hishamudin ( Tengku Adik )- call saya bila senang 013-2495097

    ReplyDelete
  7. Salam tuan, tuan banyak mengetahui ttg susur galur keluarga diraja NS. Saya berminat mencari susur galur keturunan saya yg dikatakan dari keturunan Raja Embong. Keluarga saya menetap di bekas tapak istana Raja Melewar di Rembau. Jika tuan mempunyai maklumat, mohon hubungi saya dan bantu saya mencari salasilah keturunan saya. Terima Kasih

    ReplyDelete
  8. Puan,
    Keturunan Yamtuan terlalu luas dan agak sukar untuk dikesan secara lengkap. Apa yang dapat saya muatkan hanyalah yang penting saja. tk

    ReplyDelete
  9. shah Jahan,
    boleh saya dapatkan no. telefon saudara untuk bertanya lebih lanjut

    ReplyDelete
  10. Siapakah pemangku atau pengganti tuanku mukhriz????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Orkid Emas,
      Maaf diminta kerana terlalu lewat membalas.
      Buka disengajakan tetapi sibuk dengan kerja-kerja kebajikan.
      Oh ya pengganti Tengku Muhris ialah Tengku Muda Ali anak sulung baginda. Handsome orangnya dan masih single, friendly, broadminded. Siapa ada rezeki cubalah tackle ha ha. Kan ada gambarnya di dalam blog saya.Terima kasih.

      Delete
  11. Siapakah pemangku atau pengganti tuanku mukhriz????

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Maaf terlupa,
      Sila baca tajuk Puteri Yang Hilang dalam 24 April 2017

      Delete
  13. As salam,sy waris iaitu cicit Tunku Ahmad Tunggal,menurut Ayah dan Makcik saya,Tunku Ahmad pada sebelum Tunku Antah dijadikan Dipertuan Besar Negri Sembilan,dimana pertabalan Beliau di sokong oleh pihak British, Moyang saya bertelagah dengan Tunku Antah,dan moyang saya telah dikalahkan dimana Tunku Antah telah meminta bantuan pihak British untuk mengalahkan Tunku Ahmad,Tunku Ahmad telah melarikan diri ke Beranang dan telah membuka dan bermastautin disana sehingga kemangkatan Almarhum moyang saya,makam Almarhum kini terletak di Kampung Bukit Kepong, Beranang. Was salam

    ReplyDelete
    Replies

    1. Mana mana keturunan Tuanku ahamd tunggal ,cik Normah,sutan jamin ,Yam tuan Imam boleh berkongsi pendapat.sy ada juga menyimpan beberapa maklumat berkaitan mereka termasuk keluarga di minangkabau sana.nanti sy akan berikan no whtaps sy.

      Delete
  14. Salam kpd Irwan Shah,
    Saya sungguh gembira membaca komen saudara yg tidak diragu lagi adalah benar. Apa yang berlaku di dalam lipatan sejarah adalah ketentuan Yang Maha Berkuasa dan kita sebagai jenerasi yang berikutnya kenalah menerima hakikat itu. Jikalau saudara ada apa-apa maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama whatsapplah nombor berikut - 0132495097 ( cuba buka tajuk " Misteri Puteri Yang Hilang " mungkin saudara berminat kerana ini adalah sejarah kita juga - 24 April 2017

    ReplyDelete
  15. Salam..
    Tumpang tanya..
    Ada khabarnya Tengku Puteri Ya @ Seri Yaya (yg disebut oleh mak saya) kawin dgn orang kuat agama bernama Lebai Rashid dan keturunan mereka ada di Kg Bangkahulu Gemas N.S.
    Mungkin maklumat ini berguna utk sejarah keturunan raja n.s..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kepada,
      empunya cerita tentang Tengku Puteri Seri Yaya.
      Apakah dapat diterangkan mengenai dari rumpun manakah puteri ini dilahirkan. Keterangan ini akan dapat membantu menunjukkkan apakah hubungannya dengan keturunan Yam Tuan.

      Delete
  16. Assalamualaikum boleh sy dpt tahu siapakah baginda lela.
    Hj said bin baginda lela adalah moyang saya

    ReplyDelete
  17. Mualaikum salam,
    Maaf tuan saya kurang pasti tentang tokoh ini yang kebetualan ada kaitan dengan tuan.
    Nanti kalau saya dapat apa2 info tentangnya, akan saya bicarakan di sini.
    Salam

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  19. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Tuan Penulis...

    Ingin bertanya kisah tentang Raja Totok dan Tuanku Aishah ibni Raja Melewar @ Raja Mahmud??


    Apakah tuan ada info mengenainya terutama sekali Raja Totok ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hendak mengetahui..tentang keturunan aishah n totok bertanyalah kepada 7 pahlawan naning..yg sama berjuang mengalah daeng kemboja di naning..mereka masih menjalani kehidupan bersama..selama 9 generasi..

      Delete
  20. Salam kepada Puan Rizaimah,
    Saya sentiasa mencari maklumat baru untuk update penulisan mengenai tajuk ini tetapi mengenai Raja Totok memang saya ketandusan idea. Saya tidak tahu mengenai sejarah hidupnya hanya sekadar dia adalah putera kpd Raja Melewar.

    ReplyDelete
  21. boleh saya dapatkan alamat email tuan sebab ada sedikit pertanyaan berkaitan dengan salasilah keluarga saya yang berasal dari Datuk Laksamana Gunung Pasir,N9 atau boleh email kepada saya mohdfirdausbaharuddin@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. Salam tuan..sy nak tanya betul ke cerita puteri ya tuan lari bersama tengku lakmana ke melaka..kerana mengikut cerita ibu saya .. Puteri ya tuan adalah nenek moyang saya..sy cuma ingin kepastian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Efriny,
      Kisah Puteri Yang Hilang bukan rekaan saya. Ianya disusun menjadi kisah apabila seseorang yang bernama Borhanudin menghubungi saya dan bercerita dari mula sehingga selesai. Diberitakan beliau ini adalah cicit kpd Tengku Muhammad dan tinggal di Singapura.

      Delete
  23. Salam.. Saya tujukan ini kepada @Irwan Shah. Sekiranya moyang tuan adalah Tunku Ahmad Tunggal (putera kepada Yamtuan Imam), maka ibu kepada moyang tuan adalah Cik Puan Normah (Tuanku Ampuan Negeri Sembilan ke-5). Saya pohon bertanya siapa nama ayah kepada Cik Puan Normah ini, pohon tanyakan pada keluarga yang tahu. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mana keturunan Tuanku ahamd tunggal ,cik Normah,sutan jamin ,Yam tuan Imam boleh berkongsi pendapat.sy ada juga menyimpan beberapa maklumat berkaitan mereka termasuk keluarga di minangkabau sana.nanti sy akan berikan no whtaps sy.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  24. Replies

    1. Mana mana keturunan Tuanku ahamd tunggal ,cik Normah,sutan jamin ,Yam tuan Imam boleh berkongsi pendapat.sy ada juga menyimpan beberapa maklumat berkaitan mereka termasuk keluarga di minangkabau sana.nanti sy akan berikan no whtaps sy.

      Delete
  25. Sallam Tuan.. Ada pembetulan tentang Keturunan Tengku Ahmad Tingal... setahu saya Sutan Jamie itu bulan nye anak kepada Tengku Ahmad Tingal setahu saya anak Tengku Ahmad Tingal ialah Sutan Banci... Sutan Jamin tu asal usul nya Dari Paya Kumbuh...Fakta apa semua ni?jangan nk diputar belt kn sejarah N. 9 blh?

    ReplyDelete
  26. Assallamuallaikom sya ingin membuat pembetulan tentang arrival yg ditulis oleh Admin... yg memberitahu bahawa Sutan Jamin Ada lh anak kpda Tengku Ahmad Tungal....itu Ada lh slh sama selalu... Anakanda sebenar dri Tengku Ahmad Tungal ia lh Sutan Banci.. Knpe benak sgt... suka sgt putar belit sejarah..Sya bgi contoh kita pernah dngr tentang cerita Dongeng Si Tangang.. sebenar nye cerita si Tangang itu ada lh cerita bear... klu x percaya pergi Ulu Temiang letak nye di atas bukit ada tangga warna merah menju tempat dimana terdampar nye Bahtera si Tangang itu... suatu masa dlu d dlm nye ada sebuah keluarga Melayu yg tingal d dlm nye tpi kini keluarga tersebut tlh di usir keluar... skrng tempat itu menjadi Tok Pekong bgi orangx Cina .Klu x percaya... pergi lh tgk sendiri... nampak x pembohongan Dan penipuan itu berjalan... lain kali buat lh research skit blh? Keturunan Tengku Ahmad Tungal masih ada lgi... yg di pangil Mak Engku... beliau ini Ada lh cucu pda Tengku Ahmad Tungal... Di Pagar Ruyung Mak Engku ini di Pagar Ruyung di gear Dato Orang Kayo Bijayo Di Rajo yg di sampai kn oleh rajo Alam Pagar Ruyung iaitu... Sutan Hj Ahmad Taufik Bagagar Shah dlm satu lipatan sejarah yg berlangsung di Istana Selindung Bulan...

    ReplyDelete
  27. Maf lh... kadang kala mata ini terlepas pandang dgn ayat yg akan keliru... tersilap tap... Maaf yo

    ReplyDelete
  28. salam tuan ,saya ingin bertanya ttg keturunan alos bt adam. beliau ialah moyang saya. menurut ceritanya, beliau berketurunan keluarga diraja n sembilan .beliau telah meninggalkan istana dan berkahwin dgn org kebanyakan berketurunan jawa di telok panglima garang , selangor. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  29. maaf tuan, alos bt uyub.. ibunya bernama hawa bt adam

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Tuan, saya cuma ingin bertanya sahaja jikalau Tuan tahu Alhamdulillah, adakah ada seorang puteri negeri sembilan bernama puteri jame'ah (mungkin bukan nama sebenar atau salah ejaannye) berkahwin dgn seorang temenggong yg berasal dri perak diberi nama panggilan tok niman (mungkin bukan nama sebenar atau salah ejaannye). Selepas brkahwin, tok niman membawa puteri jame'ah tinggal di perak. Selepas tok niman meninggal dunia, puteri jame'ah balik semula ke negeri sembilan untuk tinggal disana dn mungkin meninggal dunia dn dimakamkan di negeri sembilan. Saya tidak berapa tahu cerita sepenuh kerana saya masih lgi 20an.. Saya cuma mendengar dri cerita org2 tua dlm keluarga saya. Mohon pencerahan tapi jikalau Tuan tidak tahu tidak mengapa sbb saya sekadar bertanye.

    ReplyDelete
  31. ASSALAM..NAK TANYA..ADAKAH KETURUNAN RAJA MELEWAR ADA YANG DARI PONOROGO,INDONESIA?

    ReplyDelete
  32. Sallam Tuan numpang tnye... Mana datang nye Tengku Khusaini anak kpda Ustaz Hamzah bin Sutan Jamin ..Sutan Jamin ni bila masa plk adik beradik dgn Tengku Amad Tungal?Sutan Banci anak kpda Tengku Ahmad Tungal.. keturunan nye ada di Kg Majau Seberang.. Sya kenal dgn keturunan Tengku Ahmad Tungal.. Sekarang ini cucu Tengku Ahmad yg bernama Hjh Tiawa bt Sutan Banci klu bersangkut dgn Adat...atau mengikut Sang Sangko Adat.. Mak Engku bergelar Dato Orang Kayo Bijayo Di Rajo.. Sutan Jamin dri Payo Kumbuah.. sya tnye Mak Engku.. dan Mak Engku jwb dia kenal dgn sgt Sutan Jamin bila masa plk Sutan Jamin kene mengena dgn Tengku Ahmad Tungal? semua fakta yg tuan dpt itu.. ada lh tidak benar sama skli... jgn senang sgt terima fakta yg palsu Tuan.. kebanyakan Sejarah di N. Sembilan semua nye tipu.. tetmasuk lh Makam Raja Melewar.. yg atas Bukit tu.. sebenar nye Makam nye di tepi Sungai.. tempat dia di kebumi kn...

    ReplyDelete
  33. assalam...boleh tak tuan carikan ibu kepada Arbayah Bte Rani & Zawiyah Bte Rani...
    Kerana ibu kepada 2orang ni adalah cucu Yam Tuan Antah...
    Saya cuma ingin tahu siapakah cucu Yam Tuan Antah yang bernikah dengan Rani ini

    ReplyDelete
  34. bahasa melambangkan ketinggian akhlak. bahaso orang mulio gambaran lahiriah keturunan kemuliaan

    ReplyDelete
  35. Tengku husin ank kepada raja hitam membawa diri menjadi org biasa kerana merasa tidak mampu membawa tanggjungjawap yg dipikul. Mohon ampunkn segala salah silap mereka.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum Tuan. Terima kasih atas kisah yang yang dipaparkan. Satu2 nya keluarga Diraja Seri Menanti yang saya kenal adalah YM Tunku Barizah Bt Tunku Baharun. Moga beliau & keluarga sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  38. Betul ke anak raja negeri sembilan ada keluar/ lari istana pada zaman dahulu? Kalau anak raja kluar istana, tak kan tak bawa alat peralatan dia kan? Msti bawa Kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade..toknyang saya raja abdul majid bin raja muhammad

      Delete
    2. Ya betul .. dia mesti bawa sesuatu yg berharga dan membuktikan dia berketurunan ràja

      Delete
  39. Salam, saya agak keliru. Gambar di atas yang dikatakan sebagai Yamtuan Antah,saya jumpa dalam Encyclopedia of Malaysia (Rulers of Malaysia) muka surat 56 mengatakan sebagai gambar Syed Abdul Rahman, Dato Klana Sungai Ujong (1872 - 1879).

    Mohon penjelasan, yang mana betul. Tkasih

    ReplyDelete
  40. Salam tuan boleh sy tahu tentang tengku husin?

    ReplyDelete
  41. saya melepaskan diri dari sejarah Tuanku Achmad Tunggal.

    ReplyDelete
  42. Tuanku Muhris pernah cari toknyang saya wktu die nak naik jd sultan..tp toknyang dah xde..toknyang baik dgn tuanku munawir..tok chu saya ade lg..toknyang merajuk dulu..bile org istana cari die..die kate "buek apo caghi den, den kan org bangsat" masa meninggal org istana ade dtg nak semadikan toknyang kt permakaman diraja, tp toknyang pesan suh tanam kat prkuburan dekat dgn rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak raja keluar istana, tinggal di kampung melang, kuala pilah

      Delete
    2. Siapakah nama tok nyang...?

      Delete
  43. Assalamualaikum tuan saya call tuan tak dapat.. Jika ada no baru tuan bole send ya.. Tq atau wassap 0102020767 berminat dengan sejarah tq

    ReplyDelete
  44. salam.. saya nak tanya.. ada tak anak raja perempuan yg kawin dgn rakyat biasa.. pastu ade tak kaitan dgn istana ampang tinggi.. mohon penjelasan. sebab atok saya cakap, dia keturunan raja.

    ReplyDelete
  45. Salam boleh saya tahu pasal tengku syed abdullah. Dia ada barapa org anak ya

    ReplyDelete
  46. sejarah jangan diputarbelitkan jika tidak tahu kesahihan informasinya. Cari asal usul Sutan Jamin @ Katin Doyok. Orang wanted dari Payakumbuh lari ke Batu Kikir

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum sekadar bertanya ada x anak raja Dr n9 lari keluar Dr istana 2 lelaki 1 perempuan

    ReplyDelete
  48. Salam tuan ..sy adzhar ingin bertanya tentang kisah keturunan kerabat diraja ngeri sembilan yg dibuang dari istana serta gelaran raja ditarik tidak dibenarkan pakai lagi untuk keturunan..adakah tuan ada apa2 informasi mengenai perkara ini.

    Gelaran terakhir yg sy tahu s***siah binti raja baharom..bermula raja baharom anak tidak dibenarkan menggunakan gelaran raja

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum, boleh saya bertanya sekiranya tuan ade maklumat berkenaan tok Sulong, di Gemas Negeri sembilan .. Jalan tok Sulong depan sekolah STAR kini di tukar kepada Jalan Sekolah. Saya dahului dngn terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Alhamdulillah dapat jgk sy belajar sejarah keturunan sy yg Dalam tengelam

    ReplyDelete